I hope everyone is doing well today.

4 days before 1 January 2004. The day I will launch the second version of my website. I will no longer post any entry until the day comes since I will be altering this page to meet the new website's environment. By the time the website is launched, please change your link to p e r f e c t i o n

see ya!

Posted by Ahmad Fadzli on December 27, 2003 at 6:39:00 PM | Permalink

abes, tamat, bosan...

Exam dah abes.. aku tak ke mana.. duit tak cukup... dan aku bosan... Nak duit!! kasik aku duit.. aku nak balik mesia!!.. arrghhh!!

Posted by Ahmad Fadzli on December 21, 2003 at 1:53:00 PM | Permalink

One more..one more..

MOVED!!!


to: perfection

Alhamdullilah bangun tido semalam sakit kepala aku dah hilang. Aku terlena sambil dengar lagu Jazz Diana Krall.. hehe.. soothing.. sedap dengar..

Aku ade satu paper hari nih.. pukul 8 pagi tadi. Semalam aku tidur agak sekejap. Sejak petang lagi aku dah berada di Gateway, study beramai2. Pukul 3 pagi baru dapat lelapkan mata. Tak lama aku tidur... Alhamdulillah.. aku agak yakin dengan final paper yang nih. Harap2 grade aku lepas A-. Kalau tak memang susah sikit nak tgk GPA yang membanggakan.

Sepulang dari exam tadi.. aku terus ke rumah aku di Park Hill.. Apa lagi kalau bukan untuk sambung tido. Aku perlu berehat sedikit. Esok hari terakhir.. Bersabar sikit je lagi. Aku agak risau.. sebab paper esok, bagi aku adalah yang tersusah. Hmm.. Aku pun tak berharap sangat.. Kalau aku dapat buat alhamdulillah.. yang penting sebelum esok nih aku nak kerahkan semua tenaga aku. And then.. aku nak cuti!!

Oh yer, masa tido tadi aku mimpi di siang hari.. mimpi aku balik Malaysia.. isk.. sedihnye. Mungkin dah kempunan sangat aku nak balik nih. Lagi2 bile difikirkan.. aku hanya boleh balik setahun lagi. Agak lambat lagi tuh..

Snow turun lagi hari nih. Takdan berhenti sehari.. takdan orang nak shove the snow.. snow turun lagi.. Akibatnya, kelihatan agak tak terjaga.. Sidewalks pun licin.. Kene jalan hati2.. lenguh kaki nak kene control cara jalan nih.

orait.. tuh jer dulu untuk hari nih.
towards the last paper!

Posted by Ahmad Fadzli on December 18, 2003 at 5:30:00 AM | Permalink

The Battles

Dulu mak aku pernah cakap... along nih bile nak exam besar2 selalu sakit2. Time PMR dulu aku demam seminggu. Last day before PMR baru aku sembuh. Camtuh gak masa SPM... aku diserang migrain. Betul2 sebelum SPM. Sampai aku terpaksa berbekam lima tempat di seluruh badan aku. Alhamdulillah... aku sihat masa amik exam. Camtuh gak kat sini.. Semester lepas.. betul2 sebelum Finals.. aku sakit telinga.. seminggu baru sembuh.

Memang betul la apa yang mak aku cakap tuh. Mak aku lebih mengenali diri aku dari aku sendiri. Skang nih .. kepala aku berdenyut sejak malam semalam .. Amek exam tadi aku terpaksa memerah kepala menahan denyutan perit di kepala aku. Dah la exam astro final nih paling banyak kene baca dan hafal. 162 soalan objektif perlu disiapkan dalam masa sejam setengah. Pergh.. giler aku dibuatnya dalam dewan tadik. Alhamdulillah.. aku dapat jawab semua.. Harap2 aku tak cuai sebab buat laju sangat...

Dan aku harap untuk 2 paper lagi.. aku kembali sihat.. sampai ke tengah malam nih pun aku tak mampu tidur lagi sebab kepala nih masih berdenyut.. Sejam aku mandi tadik.. basahkan kepala namun sakit di kepala nih tak juga hilang2.. Aku nak rehat betul2 malam nih.. harap2 esok aku dapat bukak buku sikit. And then aku nak cuti secuti-cutinya.. haha.. tak saba.. Aku nak siapkan version 2.0 secepat mungkin... Oh yer... aku baru install Adobe Photoshop CS edition ngan Microsoft Office 2003 dalam tocibai.. Banyak features baru.. especially Microsoft Outlook 2003.. Menarik.. Lagi tak sabar aku dibuatnyer.. cepat la abes final nih... :p

Untuk Fall 2004, aku akan berpindah rumah dari Park Hill ke Meridian.. Sebab si Aim dan cineh nak masuk sekali.. so kene cari rumah untuk 4 orang lah.. harap2 pilihan yang aku buat nih betul.. and sekaligus membantu study aku kat sini untuk 2 tahun akan datang..

Untuk mereka yang menunggu kepulangan aku ke Malaysia hujung tahun nih.. aku mintak maap sebab aku tak jadik balik.. nampaknye kene tunggu winter taun depan.. setahun lagik.. achik.. nanti along pos jer hadiah2 tuh ok? zhoulsz... nampaknye aku terpaksa ucap babai kat Sate R&K hehhe... Aku tak boleh balik Summer.. sebab aku dah janji ngan diri senirik nak amek kelas setiap Summer.. 12 credits each summer.. so, aku boleh ringankan sikit jumlah kredits dalam semester biasa.... Itu yang terbaik bagi aku yang takleh amek banyak2 kredits skali nih..

Orait.. aku nak sambung percubaan tido aku... :p

Posted by Ahmad Fadzli on December 16, 2003 at 1:35:00 PM | Permalink

Goodluck Finalists

Dah lama aku tak menulis. Nak kata sibuk sangat sampai takde masa nak update... tak jugak. Cume, mungkin aku takde mood. Life aku sekarang terlalu biasa. Tidak ada apa2 yang special yang boleh dinukilkan sebagai kenangan.

Cuma... minggu ini minggu terakhir kami di Penn State. Lepas nih, masing2 akan bercuti. Aku.. aku mungkin duduk di sini saje. Takde plan nak jalan2.

Sabtu lepas aku ngan Aim pi tgk2 rumah baru nak sewa untuk Fall taun depan. Hari nih aku nak pi bayar deposit.

Hari ni gak aku dapat package. Aku shopping sikit hari tuh.. bende ape? tuh gambar tuh.. Kosmea.. haha.. maybe korang anggap aku giler sebab beli brg2 pompuan camnih.. tapi actually.. ade sejarah di sebalik barang Kosmea nih. Sejak duk Malaysia aku dah pakai... Dulu.. lepas SPM aku kerje di sebuah farmasi.. Macam2 la yang aku belajar time tuh. Semua jenis ubat aku tahu kegunaannya. Termasuk lah barang2 Kosmea yang tersimpan rapi dalam cermin.. Then akak angkat aku pon suggest la aku pakai bende nih.. Aku takde special case ape2 pakai brg2 kosmea nih, saje ikut nasihat die.. So, sampai skang aku pakai Kosmea nih. Kat US nih agak murah berbanding di Malaysia. Actually Kosmea nih bagus sebab die base on Rose Hip Oil. Nak tau ape bende nye rose hip oil nih.. boleh tanya pakar kita... cik Syati :p

orait.. tuh jer.. jumpe lagi..

gudlak semua.. happy holidays..

p/s: baru lepas format tocibai buat kali ke 8.. memang cibai.. haha.. anyway.. aku suke bile tocibai nih jadi 'suci' balik :D

Posted by Ahmad Fadzli on at 4:06:00 AM | Permalink

Aku nak jadi Samurai!!!

The Last Samurai is certainly my best movie of the year. No need to wait for Return of The King. 2 jam setengah aku dalam cinema tuh.. tak terasa langsung masa berlalu.. best tak bestnye citer nih, ade member aku sorang ni sampai menangis at the end of the movie.. hahaha.. (oh yer.. perlu ditekankan yang member aku nih LELAKI)

"it took less than five minutes for me to be absolutely engulfed in the mastery that is this film with almost every single element of the movie-making process connecting on virtually every level from the acting to the action to the story, the pacing, the music, the emotional resonance, the character development, the cinematography, the beginning, the ending...the friggin' everything!"

Semalam aku bangun agak lambat.. dalam pukul 7:30. Terlepas solat Subuh.. apa nak jadi daa.. Malam nih kene tidur awal. Takut terlepas lagi. Sejurus lepas bangun, aku siapkan assignments sampai tengahari. Si Syakir datang mintak tolong siapkan graphics project die. Then aku kuar dengan cineh, anjit and yana ke Nittany Mall. Nak layan THE LAST SAMURAI. Citer nih best. Citer best of the year aku and mungkin the best movie i've ever seen. Aku nak tgk lagi lapan kali lepas nih. har har... Sebelum tgk movie kitorang makan buffet then gi shopping sikit. Aku angkat glove baru jer. Glove yang aku ade sebelum nih tak berapa tebal. So, aku angkat yang agak mahal sikit. Nipis tapi selesa.. Timberland lagik.. Semasa naik bas menuju ke Mall, mata aku tak jemu memandang bandar State College yang putih melepak. Snow turun tak berhenti2 sejak hari Jumaat. Akibatnya, tayar keta tenggelam separuh.. wahaha.. best best..

Actually aku malas nak menulis nih tapi, sebab aku dah janji dengan diri sendiri. At least aku just nak ingatkan diri sendiri yang minggu nih aku terpaksa berhempas-pulas untuk Finals minggu depan. Tak perlu cakap banyak.. baik aku study..

Posted by Ahmad Fadzli on December 8, 2003 at 6:58:00 AM | Permalink

A lovely snowy day

Lambat sikit aku tulis jurnal hari nih. Semalam aku ada final. Alhamdulillah boleh jawab semua soalan. Betul atau salah, aku tak tau. Tapi aku puas hati sebab aku put all my effort in this exam.

Sejurus selepas final tuh, aku singgah Big Bowl, a chinese restaurant, beli shrimp fried rice untuk dinner. Then aku terus bergegas ke Gateway. Tak tahan weih.. sejuk sangat. Malam nih aku nak berehat. Nak layan movie. So, aku ngan Hase (yang memang berehat sepanjang masa :p) layan citer Vanilla Sky. Dah tgk dah dulu, cume tak braper paham. Ok la daripada tgk Finding Nemo 6 kali macam dDot.. hahaha.. So, aku tgk la skali lagik citer tuh. Lucid Dream.. heh heh.. Habes jer movie, aku tertidur, selesa di bawah comforter awek aku (shakir).

Pagi tadi bangun dalam kol 630. Sejuk sangat... rupe2nye kat luar tuh snow. A calm snow without the wind is a lovely snow.. Sampai ke saat aku menulis ni pun snow masih belum berhenti. Seluruh downtown state college sudah diselimuti dengan snow.. Pokok2 yang kehilangan daun semasa berakhirnya Autumn dulu kini kelihatan cantik selepas dihias dengan snow yang bertimbun di celahan reranting pokok, mengikut bentuk setiap bende yang diselimutinya. Waghh.. jiwang la plak.. hak hak hak Tapi series memang cun.. hehe

Hari ini aku takdak kelas sampai la ke pukul 330 petang. So, aku tak tau nak buat apa. Nak study.. bukan malas, tapi takde mood sebab semalam baru abes final. Kire nak berehat la hari nih. Kang jammed plak otak nih. Yeah.. berehat sambil layan snow scenery nih. wahahaha.. 1 down and 3 more finals to go.. and they are 9 days away.. Oh yer.. aku baru siap dengan proses memindahkan tempat study aku dari ruang tamu ke dalam bilik tidur. Selama nih aku tak dapat nak pindah sebab cable internet tak sampai dalam bilik. So, hari nih aku dapat berpindah sebab si hase kasik pinjam his suspended cable yang berjela-jela tuh. Jadi.. lepas nih takdak alasan tempat study tak selesa ke hape.. Boleh concentrate even more inshaAllah..

Cukup dulu setakat nih. Bebudak tuh ajak aku gi ice-skating sok. Tengok la dulu camne.. kalau ade mood aku follow ler.. Kalau takdak aku nak lepak bilik siapkan assignments. Till then... babai...

Posted by Ahmad Fadzli on December 5, 2003 at 11:18:00 PM | Permalink

copper pun copper laa.. asalkan laju.. har har..
--------------------------------------------------------------------------------
Copper wire shown to be competitive with fiber optic cable for LANS
Friday, December 5, 2003

--------------------------------------------------------------------------------

University Park, Pa. -- Penn State engineers have developed and simulation tested a copper wire transmission scheme for distributing a broadband signal over local area networks (LANS) with a lower average bit error rate than fiber optic cable that is 10 times more expensive.

Mohsen Kavehrad, the W. L. Weiss professor of electrical engineering and director of the Center for Information and Communications Technology Research who led the study, says, "Using copper wire is much cheaper than fiber optic cable and, often, the wire is already in place. Our approach can improve the capability of existing local area networks and shows that copper is a competitor for new installations in the niche LAN market."

Kavehrad presented the Penn State team's results in a paper, 10Gbps Transmission over Standard Category-5, 5E, 6 Copper Cables, at the IEEE GLOBCOM Conference in San Francisco, Calif., Thursday, Dec. 4. His co-authors are Dr. John F. Doherty, associate professor of electrical engineering, Jun Ho Jeong, doctoral candidate in electrical engineering, Arnab Roy, a master's candidate in electrical engineering, and Gaurav Malhotra, a master's candidate in electrical engineering.

The Penn State approach responds to the IEEE challenge to specify a signaling scheme for a next generation broadband copper Ethernet network capable of carrying broadband signals of 10 gigabits per second. Currently, the IEEE standard carries one gigabit over 100 meters of category 5 copper wire which has four twisted pairs of wire in each cable.

"In the existing copper gigabit systems, each pair of wires carries 250 megabits per second. For a 10 gigabit system, each pair will have to carry 2.5 gigabits per sec,” Kavehrad explains. “At these higher speeds, some energy penetrates into the other wires and produces crosstalk."

The Penn State scheme eliminates crosstalk by using a new error correction method they developed that jointly codes and decodes the signal and, in decoding, corrects the errors.

Kavehrad says, "Conventional wisdom says you should deal with the wire pairs one pair at a time but we look at them jointly. We use the fact that we know what signal is causing the crosstalk interference because it is the strongest signal on one of the wires."

The Penn State approach also takes account of the reduction or loss of signal energy between one end of the cable and the other that can become severe in 100 meter copper systems.

"We jointly code and decode the signals in an iterative fashion and, at the same time, we equalize the signals,” adds the Penn State researcher. “The new error correction approach acts like a vacuum cleaner where you first go over the rough spots and then go back again to pick up more particles."

A MATLAB simulation has shown that the scheme is possible and can achieve an average bit error rate of 10 to the minus 12 bits per second. Fiber optic cable typically achieves 10 to the minus nine. The work is continuing.

The project receives support from Cisco, Tyco, Nexan and the International Copper Association.

Posted by Ahmad Fadzli on at 9:00:00 PM | Permalink

1st Final

Semalam aku tidur agak lewat, menantikan reply dari Cheryl di MSN Messenger. Ada beberapa soalan tentang Chem Lab Final hari ini yang aku tak dapat jawapannya. Thanks to her, aku boleh tidur lena dalam pukul 12 malam.

Pukul 6 aku bangun hari nih. Lewat sejam dari hari biasa. Okla asalkan kat luar tuh masih gelap dan tenang. Boleh la aku jiwang sorang2 sat waktu2 camnih :p

Hari nih aku nak study sikit lagi untuk final petang nanti, kol 630. Ada satu chapter lagi yang belum dikaver. And aku memang rancang nak buat hari nih. Chapter2 lain, alhamdulillah weekend hari tuh dah buat. Takut juga sebenarnya nih. Banyak bende pasal chemistry aku dah lupe. Chem lab nih sepatutnya diambil bersama (concurrently) dengan Chem lecture, tapi chem lecture nih aku dah buat Summer hari tuh. So, sedikit sebanyak aku dah lupe apa yang aku belajar dulu. So, aku pun ikut jer la nasihat si dDot, hafal segalanya....

Semalam aku marah, marah sangat2 masa buat Phys lab. Ricky si pot pet buat hal lagik. Aku hampir2 burst out, thanks to William who calmed me down. Masalahnya si ricky nih banyak bercakap dari buat keje, and cakap die tuh bukan sekadar borak, tapi lebih kepada menyuruh aku itu dan ini. Orangnye kecik jer. Memang kalau aku nak tumbuk time tuh, boleh sangat. Tapi as a labmate, aku bersabar demi eksperimen yang harus disiapkan. Die takde calculator, aku kasik pinjam. Die takde notepad, aku koyakkan sikit untuk die. Die tak bawak pensel, aku pinjamkan satu. Itu dulu... Sejak akhir2 nih, die semakin kerek. Skang nih, tanpa bertanya terlebih dahulu, die main amik jer barang2 aku sampai aku sendiri takleh buat keje. Tapik jurnal... aku masih bersabar.. Sehinggalah masa lab tadi, die salahkan aku sebab aku buat eksperimen tak betul. He talked like he knows but he himself don't have any lab manual!! Stupid Ricky.. Read first laaa!! ****er!!! Pergh.. marah nih.. Aku keluar lab tadik, dada aku sakit sebab menahan amarah. Dalam kelas selepas tuh pun aku tak dapat nak concentrate sebab masih marah. Sehingga aku balik rumah pun aku masih marah. Memang kalau ada sesiapa buat hal dengan aku masa tuh, aku pasti meletup. Aku lenjan Fenderina aku, main tak henti2.. sampai aku kembali tenang...

Cukupla pasal saker nih sorang. Baik aku concentrate pada final aku hari ini. Harap2nya aku dapat buat. Wish me luck...

Posted by Ahmad Fadzli on December 4, 2003 at 7:51:00 PM | Permalink

Medium Muhasabah

Bagus..bagus.. hari nih aku bangun awal lagi. Aku suka hidup camnih sebenarnya. Segalanya teratur, tersusun dan SIAP.

Jurnal sentiasa menjadi tempat aku motivate diri sendiri. Sejak dulu lagi (1994) aku tulis diari bukan sekadar untuk mengabadikan kenangan tapi yang lebih penting, untuk aku berbicara dengan diri sendiri, menegur diri sendiri. So, aku kira jurnal merupakan satu medium yang baik untuk sesiapa yang ingin 'memantau' keberkesanan jadual harian mereka. Dan sebaliknya, jurnal juga boleh ditinggalkan sebab seseorang yang ingin melarikan diri daripada terus-menerus bergantung pada diari. Apa2 pun sebabnya, jurnal memberi kesan yang ketara kepada hidup seseorang.

Dan dengan sebab itu, aku masih menulis diari sehingga hari ini. Tidak ada yang salahnya dan tidak ada yang janggalnya.

Jurnal ini mungkin menjadi tempat aku mengimbau kenangan silam bila aku sudah graduate nanti. Dari mula aku menjejakkan kaki di sini sehinggalah ke saat aku meninggalkan jejak. Boleh jadi sebuah kisah perantauan yang menarik. Aku selalu tersenyum bila membaca diari2 lama dan aku harap aku akan tersenyum juga nanti :)

So, sesiapa yang baru sampai ke luar negeri tuh. Bukaklah satu account jurnal anda. Kalau taknak orang baca, ade provider yang memberi keselesaan pada korang untuk 'password-protected'kan jurnal korang tuh. Nak lagi senang, tulis jer atas kertas :p Yang penting, selain gambar2 dan video2, kita ada JURNAL untuk dijadikan kenangan...


Mulai hari ini, jam 5 pagi adalah waktu aku memulakan kehidupan seharian aku.

Hmm.. nak buat ape ek?

Seronok bila dapat peluang tanya soalan nih sebab selalunya aku gelabah, kerja tak siap, lewat, tak kemas, tapi hari ini aku dapat tanya soalan yang begitu selamber nih. Harap2nya, aku terus begini untuk 2 minggu akan datang. Lepas tuh gua cuti!! wahaha... Untuk pastikan semuanya berjalan lancar, aku akan terus menulis jurnal setiap hari selama 2 minggu nih.

Wahai jurnal... tolong aku..

Posted by Ahmad Fadzli on December 3, 2003 at 6:59:00 PM | Permalink

Bila Lagi?
edisi fitrah

Semalam, habes jer kelas dalam kol 4:30 aku terus bergegas ke Family Clothesline, nak cari sesuatu sebagai cenderahati untuk Din yang akan pulang ke Michigan 2 jam lagi. Din nih member aku semasa aku tersadau menuggu Visa di PPP. Aku pun tak berapa jelas macam mana kitorang boleh berkenalan, tapi kitorang agak rapat since kitorang selalu keluar malam2 pi "menganto" di Kayangan. Die pun selalu datang apartment kitorang masa tuh.

So, setelah seminggu din beraya di sini, din akan pulang kembali ke Michigan. Aku rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak lepak lama2 ngan die. Mana taknya, minggu nih aku dah diserbu dengan Final paper untuk Chem lab aku. Subjek yang agak susah bagi aku. Sedikit sebanyak, sambutan Aidilfitri aku terpaksa dikorbankan. Aku terus bergegas ke Gateway bersama hadiah yang tak seberapa itu dengan harapan aku sempat berjumpa dengan Din. Alhamdulillah sempat... Tak lama selepas itu, Din pulang...

Pukul 5 pagi aku dah bangun. Semalam tertidur awal dari biasa dalam pukul 11 malam. Senang sungguh aku tertidur atas katil aku tadi. Mungkin sebab terlalu penat, atau pun mungkin sebab aku dah lama tak tidur atas katil aku :p Aku bangun, duduk sekejap and cube ingat balik mimpi aku tadi (bende biasa yang aku buat lepas bangun). Adalah 10 minit aku duduk cube ingat mimpi. Mimpi malam nih agak sedih. Aku tak tau mimpi apa sebenarnya, tapi aku rasa sedih sejurus selepas bangun tuh. Aku rasa seperti dipinggirkan...

Aku mengeluh dalam hati, "Abaikan... BILA LAGI?". Bila lagi? Kenapa tetibe aku mengucapkan bila lagi? Aku tak pasti. Dalam kegelapan itu aku selak window blinds bilik aku. "Snow..." Patutlah sejuk. Aku terus ke bilik air mencuci muka dan berwudhuk. Subuh akan masuk sebentar lagi. Aku panaskan ikan masak merah yang aku masak semalam. Agak lapar.. Then aku semayang Subuh. Aku terduduk selepas solat, memikirkan 2 kalimah yang aku terucap selepas bangun tido tadi. Bila lagi?....

Bila lagi?... banyak maknanya tuh. 2 kalimah kata soal yang terdorong oleh pelbagai jenis perasaan yang tidak menentu. Dendam, tak puas hati, keyakinan, kesedaran & sedikit ego. Semuanya diluahkan dalam 2 perkataan itu. Aku sedar, aku sememangnya terdorong oleh perasaan2 ini. Aku terdorong dengan kesempitan hidup aku. Aku tidak lagi bebas. Aku tidak lagi dapat apa yang aku mahukan. Aku tidak lagi tersenyum sesuka hati aku seperti dulu. Terlalu banyak batasan yang mula muncul sejak aku sampai di perantauan ini. Aku terhimpit, dan perasaan terhimpit itu yang medorong aku untuk bangun mendada sambil menjerit... BILA LAGI?!! Tanpa aku sedari, aku rasa terpinggir.. jauh di sudut bilik aku. Di atas katil tempat aku sedang duduk ini.

Aku tidak ego. Aku mudah simpati dengan orang. Aku tak suka krisis. Aku suke kekecohan tapi aku tak suke kucar-kacir. Sebab itu aku beralah lagi kali ini. Yep.. Bila Lagi? sebenarnya satu jawapan walaupun ia merupakan kata soal. Jawapan kepada sebuah persoalan yang buat aku jadi tak keruan dan tak pasti. Persoalan yang menganggu hidup aku saban hari, membuat segala benda jadi tertangguh dan tak menjadi. Bila Lagi? adalah jawapan untuk persoalan2 ini.

Bila lagi? mendorong aku untuk bangun semula. Bila lagi? sebagai jawapan yang jelas, seakan kepala yang mengangguk ke atas tanda menyahut sebuah cabaran.

Tak lama lagi Fall semester akan berakhir. Finals bakal datang mencurah dalam 2 minggu lagi. Bila lagi aku nak stat study. Bila lagi aku nak kemaskan diri. Bila lagi aku nak abdikan diri.. Inilah masanya...

Posted by Ahmad Fadzli on December 2, 2003 at 7:00:00 PM | Permalink