Hari Lebaran

Setelah semalaman kami bertungkus lumus menyiapkan hidangan, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Takbir raya terus-menerus dikumandangkan. Aku, Syah, Awie, Ranjit, Amin, Oja, Paklan dan dD di rumah aku di Park Hill membuat nasi impit sendiri dan lemang segera Adabi yang dikirim dari Malaysia oleh keluarga masing2. Di Gateway, askar2 di bawah jagaan bro Farid bertungkus-lumus menyiapkan 2 jenis rendang dan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit.

Ada yang tertidur kerana keletihan namun aku terus berjaga menantikan pagi Aidilfitri. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, aku terus mandi sunat Aidilfitri dan berhias kerana mandi dan berhias itu perkara yang disunatkan di Satu Syawal. Kemudian, aku bertakbir raya (sambil main xbox) menantikan Aditya datang mengambil kami dengan keretanya untuk ke Masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Tepat pukul 8 kami sampai di masjid. Kelihatan ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang khusyuk mengalunkan takbir raya. Kami tidak mahu ketinggalan. Walaupun alunan takbir mereka berbeza dari alunan syahdu takbir raya di Malaysia, aku cuba juga mengikut alunan mereka. Kadang2 aku tanpa sengaja mengalunkan takbir raya yang di Malaysia. Dalam hati ini, aku sayu, sayu melihat umat Islam yang jauh dari tanah air masing2 berkumpul dengan satu hati untuk meraikan hari kemenangan. Aku sayu terkenanglan kebersamaan aku dengan keluarga di Masjid Kubang Kerian di Kelantan ketika ini. Aku sayu bile memikirkan apa yang kami sekeluarga biasa lakukan sepulang dari bersolat raya. Aku tabahkan hati. Aku cuba tersenyum. Cuba untuk memberi konsentrasi pada khutbah yang diberikan. Khatib banyak berbicara tentang Ramadhan. Tentang bagaimana kita selepas berlalunya Ramadhan. Aku cuma dapat tangkap poin utama khutbah iaitu beribadah kepada Allah SWT, bukan beribadah kepada Ramadhan. Aku tahu, khatib cuba memberi peringatan supaya amalan2 yang dilakukan dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan dalam bulan2 yang lain. Kalau tak sama dalam kuantiti cukuplah sekadar sama dalam kualiti ibadah tersebut. Yang penting, ia berterusan...

Pulang dari masjid, kami mengemas rumah untuk tetamu yang akan datang tak lama lagi. Hidangan2 diletakkan di atas meja. Tak banyak yang kami ada tapi cukuplah untuk mewujudkan suasana hari raya itu. Yang penting konsep ziarah menziarahi dan bersalaman (memaafkan) itu wujud. Taqabbal Allahumma Minna Wa Minkum, ucapan yang disunatkan diucapkan kepada satu sama lain. Dalam menunggu tetamu yang datang aku terlelap kerana keletihan. Belum sempat aku menjamah hidangan pagi raya aku sudah tidur... Dalam tidur aku yang tak seberapa lena itu, aku dapat dengar suara roomie si dD (American) berlatih menyebut "Selamat Hari Raya" beberapa kali. Aku tak sedar sangat, mungkin aku sedang tersenyum bila mendengar ucapan yang kepelatan itu.

Aku bernasib baik sebab aku tiada kelas yang penting2 hari ini. Yep.. sebenarnya, hari ni persekolahan masih berjalan. Esok baru cuti hari Thanksgiving bermula. Kesian plak aku tgk rakan2 yang terpaksa ke kelas kerana ade kuiz dan sebagainya.

Aku terbangun bile mendengar suara riuh rendah di ruang tamu Gateway. Rupa-rupanya Mahirah, Oja dan askar2nya sudah tiba. Sambil menjamu hidangan sambil bermain Xbox; itulah yang dapat aku lihat. Aku basuh muka dan ambil kesempatan ini untuk bersalam-salaman dengan mereka. Kemudian aku pula yang berjamu. Lemang, serunding dan rendang menjadi sasaran utama. Ish ish.. sedapnya. Terubat rindu aku pada lemang di kampung. Jadilah... segera pun segera la.. asalkan lomang!!

Hari sudah semakin petang. Aku terus pulang ke Park Hill kerana tiba giliran rumah aku dan Syah pula untuk diserbu. Kami tak buat apa2 sangat. Syah ada buat kek2 dan rendang. Nasi impit dan lemang yang dibuat semalam pun rasanya cukup.

Aku penat. Namun aku tetap gagahkan diri, menghiburkan hati dalam Satu Syawal kerana aku yakin, di luar negara ini tak macam di Malaysia. Hari raya Kedua, Ketiga masih meriah, semeriah hari raya pertama. Tapi di sini, siapalah yang ada pun. Cuma kami berempat-puluh sahaja. Malam itu perayaan diteruskan di rumah Aunty Fuzy. Baru dapat aku rasakan kemeriahan Aidilfitri bila berada di sini. Malaysian community berkumpul tanpa mengira bangsa dan agama untuk meraikan hari raya. Aku cuba tegur semua orang yang boleh. Yang belum kenal, aku cuba berkenal-kenalan. Yang tersalah silap, aku memohon ampun dan maaf. Hidangan2 di sini lebih meriah. Pisang Goreng, Mee mamak, Roti canai pun ada. Puas aku melantak hidangan2 yang "rare" sebegini. Seronok aku melihat telatah masing2 yang ceria bergelak ketawa, seseceria baju melayu dan baju kurung yang berwarna-warni mereka.

Begitulah perayaan hari pertama di perantauan ini. Rakan2 di sini sebagai pengganti keluarga yang jauh di tanah air. Dalam hati ini, aku melafazkan shukur dengan nikmat yang dikurniakan ini.
Selamat Hari Lebaran.... Maaf Zahir & Batin...

(Isnin nih Final!! waaaaaaaaaaaa!!)

Posted by Ahmad Fadzli on November 26, 2003 at 3:56:00 PM | Permalink

Dari Jauh Kupohon Maaf



Assalamualaikum..

Buat keluarga Along yang dikasihi yang mungkin kini sedang bergembira di kampung bersama sanak saudara yang lain. Along di kejauhan ini harap semuanya sihat2 belaka dan ceria menyambut Syawal.

Along di sini ala kadar sahaja. Pagi raya nanti kami akan berkumpul bersama2 dan bersalam-salaman. Sekadar menceriakan hari raya. Adalah sedikit jamuan yang biasa2 (takdalah lemang2, duit raya.. hehe)

Pertama kali along berhari raya tanpa keluarga di sisi. Alhamdulillah along telah dididik untuk biasakan diri berjauhan dari orang2 yang tersayang. Along hanya tabahkan hati dan memohon dari Ilahi semoga semuanya sihat2 dan selamat belaka.

Along tak dapat nak bersalam dengan mak dan abah dan adik2. Dengan opah.. dan dengan sedara2 yg lain. Hanya ekad yang tak seberapa ini sahaja sebagai pengganti diri. Di kesempatan ini along nak mintak maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki. Along mintak maaf sebab along banyak menyusahkan mak dan abah sebelum ini. Halalkan lah segala makan dan minum along, restuilah perjuangan along di sini dan doakan along semoga berjaya di dunia dan akhirat. Along harap mak, abah dan yang lain dapat meraikan hari kemenangan ini dengan gembira, sesempurna ramadhan yang kian berlalu.

Kirim salam along pada yang lain. InshaAllah, kalau tiada masalah, along akan call opah hari raya nanti. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya...


dari,
Along

Posted by Ahmad Fadzli on November 23, 2003 at 7:11:00 PM | Permalink

Harapan Ramadhan?

Tak tdo la nampaknye aku hari nih. Kejap lagik aku kene submit Chem lab project 20 pages. Then aku ade exam astronomy. Nyesal la plak amek astro nih sebab aku tak buat betul2.. Patut boleh score, tapi dapat average jer.. Chis.. So, melepaklah aku di Gateway nih menyiapkan ape yang patut disiapkan. Penat weih... Walau camne pun aku lega sikit sebab Physics grade aku cameout to be good. What a relief.. Memang aku takut sangat sebelum nak cek grade tuh tapi Alhamdulillah, dapat buat dengan cemerlang. Terbalas juga usaha aku sepanjang minggu lepas.

Dua tiga hari nih aku asek duk layan Xbox si Shakir. Tah nape boleh layan kat sini plak. Padahal kat rumah tuh dah ade PS2 si Syah. Oh yep.. sok aku nak tuka game Castlevania tuh ngan Prince of Persia.. Hampes. Harap reviews jer best.

Minggu nih tak produktif sangat. Sepanjang semester nih berlalu, aku rase minggu nih la aku jadik paling malas. Ntah nape sumer bende aku taknak buat. Orang suh dikir barat aku taknak. Orang suh aku berjoget aku tanak. Even nak siapkan homework pun tangguh2 till the very last minutes. Hish.. tak bleh jadik.. Aku rase aku perlukan some refreshments or maybe someone? haha.. mungkin juge. Hish.. tak penah lagik aku berborak pasal tuh kat sini duhai jurnal. Memang lah terasa juga keseorangan tuh. Nak berkongsi rumah, nak berkongsi makanan takdak masalah, tapi kalau nak berkongsi masalah hati memang aku hesitate. Biar dengan rakan terdekat pun aku susah nak berkongsi pasal masalah2 cenggini. Aku suka dilihat sebagai orang yang sentiasa happy. Aku sendiri tak suke keadaan berserabut. Hish.. dah melebih-lebih lak melalutnya aku nih. Better sambung keje. Then lepas exam sok boleh rehatkan pikiran.

Minggu depan dah raya, meaning.. ramadhan dah nak abes. Sukar untuk aku admit but Ramadhan kali nih memang paling tak produktif bagi aku. Tak tau lah kenapa. Kalau nak dibandingkan dengan Ramadhan zaman sekolah dengan sini. Memang teruk sangat. Even kalau dibandingkan dengan zaman melepak di rumah di Keramat pun, zaman melepak tuh lagik bagus. Mungkin masa zaman sekolah dulu aku tak cukup ikhlaskan diri join program sekolah pi iktikaf kat Masjid Shah Alam seminggu siang dan malam. Mungkin zaman sekolah dulu aku tak ikhlas khatamkan Quran 3,4 kali, mungkin sekadar mahu berlumba dengan rakan2. Kalau aku ikhlas dulu, masakan aku tak macam dulu sekarang? Masakan aku tangguh2kan terawih, tangguhkan bertilawah dan bermunajat? Aku harap aku dapat buat sesuatu yang bermakna dalam 10 hari Ramadhan yang terakhir nih... InshaAllah.. Sekurang2nya aku harap aku dapat buktikan yang dulu aku memang ikhlas...

Harapan Ramadhan...

Posted by Ahmad Fadzli on November 20, 2003 at 4:52:00 PM | Permalink

Home at last

Sepanjang minggu lepas aku jarang pulang ke rumah. Banyak masa dihabiskan di Gateway sebab aku rasa lebih selesa dan bersemangat study kat sana. Sepanjang minggu lepas aku disibukkan dengan midterm exams. Aku kurang yakin dengan exams kali nih. Persediaan tuh rasanya dah cukup, cuma, masa buat exams tuh hati aku tak tenang.. akibatnya, aku cuai sedikit. Harap2 tak teruk sangat result nanti.

Sejurus habis exam malam Jumaat, aku berehat sepuas-puasnya. Aku sekadar berbaring atas katil di rumah aku, melepaskan lelah. Tanpa disedari aku terlelap.

Bangun, hari dah lewat malam namun hati nih masih belum puas berehat. So, aku pack barang2 aku termasuk tocibai dan fenderina then call si Shakir.. "Kir.. aku nak lepak Gateway hujung minggu nih.. nak enjoy." Memang enjoy pun aku hujung minggu nih. Free sefree-freenye. Kebanyakan masa dihabiskan untuk siapkan website personal nih. Si Shakir plak baru beli Xbox ngan beberapa game best cam Soul Calibur II and LOTR yang baru tuh, The Return of The Kings. Apa lagi... lenjan la heh heh.. Aku beli game PS2 jer.. Castlevania: Lament of Darkness... Boleh la.. dah lama aku tak main game baru. Asek2 Madden 2004 jer.

Ahad malam Isnin baru berpeluang tgk citer Matrix setelah tertangguh beberapa minggu. Itupun setelah diajak oleh Amin yang ada keta. Lepas tgk movie aku rasa penat sangat. Penat dengan weekend yang 'full' nih. Lagipun esoknya dah masuk hari Isnin and tinggal sikit je lagi yang perlu disiapkan sebelum aku boleh lancarkan website personal aku. Nak taknak aku kene balik rumah (terpaksa tuh hehe). Orait.. cukup sudah sesi enjoy aku. Kembali kepada kehidupan biasa.. target for Final!!!

Posted by Ahmad Fadzli on November 18, 2003 at 3:57:00 PM | Permalink

Pennstate vs Pirates

Spanier (presiden Penn State University) memang kewl. Ni kali pertama sebuah institusi pengajian cube 'menghalalkan' copyrighted musics kepada student2. So, lepas nih kitorang tak perlu lagik nak gune kazaa or IRC untuk carik lagu2. Naspter has it all... Pennstate best!!!!

(BTW... HEPI BESDAY makcik dD!)

Penn State and Napster team up to make legal tunes available to students
Thursday, November 6, 2003

--------------------------------------------------------------------------------

University becomes first in the nation to offer its student body a legal and quality alternative to pirate file sharing services

Anaheim, Calif. – Penn State University announced today (Nov. 6) it is going to revolutionize the music world with a ground-breaking agreement with the online music service Napster, a division of Roxio (Nasdaq: ROXI).

Speaking in California at the annual EDUCAUSE meeting of thousands of information technology administrators from universities around the country, Penn State President Graham B. Spanier said the University has signed an agreement with Napster to launch a program in which Penn State will make Napster’s Premium Service available at no cost to its students.

Napster will offer those students unlimited streaming and tethered downloads from a digital library of more than 500,000 songs, as well as 40 radio stations, access to six decades of Billboard chart data, an online magazine and community features. Students also can purchase permanent downloads that can be burned to CDs or transferred to portable devices for 99 cents each.

“This will be the first step in a new, legal approach designed to meet student interest in getting extensive digital access to music,” Spanier said. “We have already set up student focus groups at Penn State who have been testing the Napster service. We will essentially deploy thousands of testers in the spring semester to use this program and give us feedback before we roll it out for even wider student use in the fall of 2004.”

Spanier is serving as co-chair of the Committee on Higher Education and the Entertainment Industry, along with Cary Sherman, president of the Recording Industry Association of America. The committee’s efforts over the past year have focused on legal, educational, legislative and moral issues related to illegal peer-to-peer file sharing.

Napster President and COO Mike Bebel said: “The Napster 2.0 premium service is designed to meet the needs of students who have demonstrated a voracious appetite for online music. Napster has improved upon the typical file sharing experience by delivering guaranteed high-quality tracks, a well-organized presentation of music and community features that music fans love. Penn State, through the vision of President Spanier, has demonstrated critical leadership in this area and is paving the way for universities around the country to ensure that a legitimate marketplace for online music thrives.”

The program will be phased-in beginning Jan. 12, 2004, the first day of classes for Penn State’s spring semester. The Penn State-Napster agreement, and other similar arrangements expected to be formed by universities around the country, could revolutionize the way millions of college students obtain and listen to music through streaming audio and song file downloads via high-speed Internet and campus connections — all in a completely legal manner that complies with copyright laws.

The spring roll out will provide access to Napster for about 18,000 Penn State students who live on Penn State campuses in residence halls, including the main campus at University Park. Penn State has 83,000 students on its 24 campuses. It intends to make Napster available to all eligible students, as well as faculty and staff, next fall.

“Another goal of our partnership is to extend the music service to members of our alumni association,” Spanier said. “With nearly 150,000 dues-paying members, Penn State’s alumni association is the largest in the country, and it would be great to also provide them low-cost access to music.

“There will be no additional costs to students for this service,” Spanier continued. “It will be funded as part of the information technology fee that Penn State already has in place.”

A number of universities are expected to launch pilot studies similar to this with various digital music providers in the coming months, and over time these initiatives could substantially help curb the nationwide problem of illegal sharing of copyrighted files over high-speed college data networks.

The new concept is similar in approach to another venture Penn State launched five years ago called the Student Newspaper Readership Program. Penn State developed that ground-breaking program to provide all students with free access to newspapers. Since that time, hundreds of other colleges and universities around the United States have launched similar readership programs, often partnering with two of Penn State’s original partners — The New York Times and USA Today.

Here is how the Penn State/Napster program will work:

• Students living in residence halls at a dozen Penn State campuses will be able to participate initially.

• Unlimited streaming of music files will be available from Napster’s inventory of more than 500,000 songs.

• Tethered downloading is included at no additional charge. This means a student can download and keep the music files on up to three personal computers. These songs can be burned to CDs or transferred to portable devices if purchased for 99 cents each.

“Penn State and Napster will treat this spring as an experimental period, focusing on those students who live on campus,” Spanier said. “We want to understand the impact this may have on our bandwidth, how to optimize our network to accommodate student needs, how to provide the best possible service, and how Napster can further tailor the service to enhance the higher-education market. By next fall further system enhancements will be in place, and students living off campus will also be able to participate. Intellectual property issues are important to us in higher education, and we think much of the problem of music piracy can be solved by what is learned over the next year by such partnerships.”

Napster 2.0’s premium service offers access to the world’s largest and most diverse online collection of music, featuring more than 500,000 tracks. A user-friendly interface allows people to quickly search for music, discover new artists, burn CDs and transfer music to any of 40 different portable devices. Napster 2.0 also offers music videos on-demand, decades of Billboard charts, an online magazine, Fuzz, e-mail music to friends, the ability to browse other members’ collections, the most robust music recommendation engine ever created, and more than 40 commercial-free, interactive radio stations. Members can permanently purchase songs for 99 cents each or $9.95 an album.

Posted by Ahmad Fadzli on November 9, 2003 at 2:13:00 AM | Permalink

Isu Tudung di Kolej Mara dan MRSM

Sign petition bantahan
Aku harap Pak Lah dapat buat sesuatu pasal isu tudung nih. Ahli keluarga aku sendiri ramai yang pakai tudung labuh. Lagikan pula rakan2 aku. Kalau aku mampu bangun menentang, sudah pasti aku akan bangun demi mereka ini. Jangan terlalu sensitif dengan perkauman sampai kita lupa sensitiviti agama. Perlaksanaan undang2 ini sudah pasti melanggar hak asasi dan kebebasan beragama di Malaysia. Kalau kita beria menjaga hak asasi wanita berpakaian barat, kenapa kita tak beria menjaga hak asasi wanita berpakaian Islam??? Amat menyedihkan sebab mereka yang mengeluarkan arahan ini merupakan orang Islam dan jangan lupa, agama rasmi kita adalah agama Islam...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk: MAKLUMAN CARA PEMAKAIAN TUDUNG BAGI PELAJAR PUTERI MRSM

Dengan hormatnya arahan Y.B. Menteri Pembangunan Usahawan berkaitan perkara di atas dirujuk.

Sehubungan itu,
saya diarahkan untuk memaklumkan kepada tuan/ puan mengenai cara pemakaian tudung bagi pelajar puteri di maktab dan kolej tuan/ puan iaitu dengan mengikat hujung tudung ke belakang dan tidak melepaskannya ke bawah (sila lihat lampiran 1).

Oleh yang demikian, pihak tuan/ puan diminta melaksanakan arahan ini kepada semua pelajar puteri tentang cara pemakaian tudung tersebut dan
pemakaian tudung labuh adalah tidak dibenarkan.

Sekian, harap maklum.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ISLAM DAN NEGARA'

MOHD HUSSAIN B. IBRAHIM
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
MARA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(sumber: malaysiakini.com)
Sign petition bantahan

Posted by Ahmad Fadzli on November 7, 2003 at 12:37:00 PM | Permalink

Fender Dreadnought-G 14SCE Cutaway Electric Natural

Fender Dreadnought-G 14SCE Cutaway Electric Natural

Woohoo... My first guitar is a Fender. Haha.. A good start? I hope so... :D I like the colors. Let see.. i have the cables, a hardcase. So, i guess next is a Fender amp.

Here are some pics of my new guitar. Hover ur mouse over for the captions.

nice butt. the kewl sound will be transferred from this hole to my future ampFender
Semi-Acousticnice mahogany bod with a sexy line at the center
front viewnice cutaway guitar
sexy Rosewood neckcalmness

Posted by Ahmad Fadzli on November 6, 2003 at 11:37:00 AM | Permalink

raya 2003 pics

raya 2003 pics

the whole Malay-sian crew (without me)

Sunway's - Dari kiri: Shakir, Aim, Yana, Mahirah, Anas, Awie

Pennstate baru nak tangkap gambar raya. Bebudak nih memang kacak2 dan cun2 belaka tapi sayang aku tak dapat join sebab lena diulit mimpi kat umah. hehe.. tunggulah kat utusan or berita harian nanti....

more pics?

Posted by Ahmad Fadzli on November 3, 2003 at 1:45:00 PM | Permalink

Mengimbau 20 tahun yang lalu

happy 21st. birthday

hadiah harijadi tanda persahabatan yang berkekalan dari Aim dan Dayang



Buat tatapan anak emak yang sentiasa emak ingati dan rindui, walau jauh beribu kilometer tetapi sentiasa dekat di hati seolah olah tergiang-ngiang suara along disisi emak.Didalam bulan Ramadan yang berkat ini bertambah tambah lagi kerinduan disertai dengan perasaan yang sungguh syahdu.Ya Allah hanya kepada Engkau aku pertaruhkan keselamatan dan kejayaan anakku di dunia dan di akhirat.

Terima kasih di atas ucapan hari lahir emak.lusa genaplah umur along 21 tahun iaitu 1 jangka hayat yang bermakna terutamanya kalau di Malaysia along bolehlah mengundi.bagi mak seolah-olah baru sahaja mak melahirkan along.masih jelas terasa betapa gembiranya mak dan abah serta seluruh keluarga menyambut kehadiran along yang terus memberikan title ibu dan ayah.Serta-merta hilang segala derita semasa mengandung dan melahirkan along.

Selamat hari lahir ke 21.semoga semakin hari semakin bertaqwa.

Semasa mak menulis ni,abah sedang bersiap-siap untuk ke surau taman keramat permai bagi menunaikan solat tarawikh.acik dan kamil masih berputar-putar dan bertolak-tolakan sambil bertuala ke hulu-hilir,abah mula menggaru kepala yang tidak gatal.qiammulail berjalan setiap malam tanpa ditinggalkan.malangnya di depan komputer dan tv.angah dalam dunianya sendiri,namun mak masih bersyukur kerana ia masih mahu belajar so far so good.al-amin dah bercuti. program-program ramadhan di al-amin berjalan seperti biasa ( ade minggu al-quds,ijah dapat no 1 dalam poster,no 2 dalam buat model, main wargame,best giler,hehehe).bagi berbuka kami di rumah amat sederhana.mak harap along juga dapat berbuka dan bersahur dalam keadaan tenang.

Hari ni pak lah jadi p.m. ke lima(kali pertama ijah tgk penyerahan kuasa)harap-harap malaysia terus selamat.durian cik tan dah jatuh,seksanya cik loih mengutip dan mengangkutnya melalui jambatan gantung di bulan puasa ni.anyway, along tak suka durian




Aku terlalu gembira. Sukar untuk kulafazkan dengan kata-kata betapa gembiranya hati ini. I feel like I am the luckiest person in the world right now. Jauh di Malaysia, keluarga yang disayangi sentiasa mengingati diri ini. Tidak jemu mendoakan kejayaan aku. Di sini rakan-rakan sebagai teman sudi bersusah-payah meraikan hari jadiku yang ke-21. Sesungguhnya aku bershukur dengan kehidupan yang dikurniakan Allah SWT ini. Aku bershukur kerana aku dikurniakan orang2 yang sentiasa menyanyangi diriku. Di saat aku dalam kesusahan aku masih mampu tersenyum kerana orang2 ini sentiasa disampingku. Alhamdulillah...

Malam tadi, Aim, Dayang, Cineh dan Kecik datang melawat. Tanpa disangka aku dihulurkan hadiah ikhlas dari Aim, dan Dayang. Jarang aku dapat hadiah sebegini di harijadi aku. Memang aku rasa terharu sangat2. Tak mampu aku berkata dengan lebih lanjut kepada derang berdua melainkan sekadar tersenyum dan melafazkan ucapan terima kasih. Yana plak bersusah payah memasak ikan, udang dan sayur yang memang sedap. Aku kelu... rupanya aku masih seseorang di sini. Tak cukup dengan itu, Shakir, Awie ngan Yeng ajak aku keluar berjalan-jalan. Plan-nya, nak minum2 kat kedai kopi macam di Malaysia. Tapi ni US bang, mane ade kedai kopi yang bukak larut malam melainkan pub2 dan kedai pizza. Walau bagaimana pun aku terharu dengan kesungguhan derang. Terima kasih rakan2.

terima kasih....
dan kini, aku semakin yakin untuk teruskan kehidupan yang sebegini indah...

Posted by Ahmad Fadzli on November 2, 2003 at 2:24:00 PM | Permalink

Babai Che Det

Babai Che Det


Tribute to Dr M


Posted by Ahmad Fadzli on November 1, 2003 at 1:08:00 AM | Permalink