Bila Lagi?
edisi fitrah

Semalam, habes jer kelas dalam kol 4:30 aku terus bergegas ke Family Clothesline, nak cari sesuatu sebagai cenderahati untuk Din yang akan pulang ke Michigan 2 jam lagi. Din nih member aku semasa aku tersadau menuggu Visa di PPP. Aku pun tak berapa jelas macam mana kitorang boleh berkenalan, tapi kitorang agak rapat since kitorang selalu keluar malam2 pi "menganto" di Kayangan. Die pun selalu datang apartment kitorang masa tuh.

So, setelah seminggu din beraya di sini, din akan pulang kembali ke Michigan. Aku rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak lepak lama2 ngan die. Mana taknya, minggu nih aku dah diserbu dengan Final paper untuk Chem lab aku. Subjek yang agak susah bagi aku. Sedikit sebanyak, sambutan Aidilfitri aku terpaksa dikorbankan. Aku terus bergegas ke Gateway bersama hadiah yang tak seberapa itu dengan harapan aku sempat berjumpa dengan Din. Alhamdulillah sempat... Tak lama selepas itu, Din pulang...

Pukul 5 pagi aku dah bangun. Semalam tertidur awal dari biasa dalam pukul 11 malam. Senang sungguh aku tertidur atas katil aku tadi. Mungkin sebab terlalu penat, atau pun mungkin sebab aku dah lama tak tidur atas katil aku :p Aku bangun, duduk sekejap and cube ingat balik mimpi aku tadi (bende biasa yang aku buat lepas bangun). Adalah 10 minit aku duduk cube ingat mimpi. Mimpi malam nih agak sedih. Aku tak tau mimpi apa sebenarnya, tapi aku rasa sedih sejurus selepas bangun tuh. Aku rasa seperti dipinggirkan...

Aku mengeluh dalam hati, "Abaikan... BILA LAGI?". Bila lagi? Kenapa tetibe aku mengucapkan bila lagi? Aku tak pasti. Dalam kegelapan itu aku selak window blinds bilik aku. "Snow..." Patutlah sejuk. Aku terus ke bilik air mencuci muka dan berwudhuk. Subuh akan masuk sebentar lagi. Aku panaskan ikan masak merah yang aku masak semalam. Agak lapar.. Then aku semayang Subuh. Aku terduduk selepas solat, memikirkan 2 kalimah yang aku terucap selepas bangun tido tadi. Bila lagi?....

Bila lagi?... banyak maknanya tuh. 2 kalimah kata soal yang terdorong oleh pelbagai jenis perasaan yang tidak menentu. Dendam, tak puas hati, keyakinan, kesedaran & sedikit ego. Semuanya diluahkan dalam 2 perkataan itu. Aku sedar, aku sememangnya terdorong oleh perasaan2 ini. Aku terdorong dengan kesempitan hidup aku. Aku tidak lagi bebas. Aku tidak lagi dapat apa yang aku mahukan. Aku tidak lagi tersenyum sesuka hati aku seperti dulu. Terlalu banyak batasan yang mula muncul sejak aku sampai di perantauan ini. Aku terhimpit, dan perasaan terhimpit itu yang medorong aku untuk bangun mendada sambil menjerit... BILA LAGI?!! Tanpa aku sedari, aku rasa terpinggir.. jauh di sudut bilik aku. Di atas katil tempat aku sedang duduk ini.

Aku tidak ego. Aku mudah simpati dengan orang. Aku tak suka krisis. Aku suke kekecohan tapi aku tak suke kucar-kacir. Sebab itu aku beralah lagi kali ini. Yep.. Bila Lagi? sebenarnya satu jawapan walaupun ia merupakan kata soal. Jawapan kepada sebuah persoalan yang buat aku jadi tak keruan dan tak pasti. Persoalan yang menganggu hidup aku saban hari, membuat segala benda jadi tertangguh dan tak menjadi. Bila Lagi? adalah jawapan untuk persoalan2 ini.

Bila lagi? mendorong aku untuk bangun semula. Bila lagi? sebagai jawapan yang jelas, seakan kepala yang mengangguk ke atas tanda menyahut sebuah cabaran.

Tak lama lagi Fall semester akan berakhir. Finals bakal datang mencurah dalam 2 minggu lagi. Bila lagi aku nak stat study. Bila lagi aku nak kemaskan diri. Bila lagi aku nak abdikan diri.. Inilah masanya...

Posted by Ahmad Fadzli on December 2, 2003 at 7:00:00 PM | Permalink