1st Final

Semalam aku tidur agak lewat, menantikan reply dari Cheryl di MSN Messenger. Ada beberapa soalan tentang Chem Lab Final hari ini yang aku tak dapat jawapannya. Thanks to her, aku boleh tidur lena dalam pukul 12 malam.

Pukul 6 aku bangun hari nih. Lewat sejam dari hari biasa. Okla asalkan kat luar tuh masih gelap dan tenang. Boleh la aku jiwang sorang2 sat waktu2 camnih :p

Hari nih aku nak study sikit lagi untuk final petang nanti, kol 630. Ada satu chapter lagi yang belum dikaver. And aku memang rancang nak buat hari nih. Chapter2 lain, alhamdulillah weekend hari tuh dah buat. Takut juga sebenarnya nih. Banyak bende pasal chemistry aku dah lupe. Chem lab nih sepatutnya diambil bersama (concurrently) dengan Chem lecture, tapi chem lecture nih aku dah buat Summer hari tuh. So, sedikit sebanyak aku dah lupe apa yang aku belajar dulu. So, aku pun ikut jer la nasihat si dDot, hafal segalanya....

Semalam aku marah, marah sangat2 masa buat Phys lab. Ricky si pot pet buat hal lagik. Aku hampir2 burst out, thanks to William who calmed me down. Masalahnya si ricky nih banyak bercakap dari buat keje, and cakap die tuh bukan sekadar borak, tapi lebih kepada menyuruh aku itu dan ini. Orangnye kecik jer. Memang kalau aku nak tumbuk time tuh, boleh sangat. Tapi as a labmate, aku bersabar demi eksperimen yang harus disiapkan. Die takde calculator, aku kasik pinjam. Die takde notepad, aku koyakkan sikit untuk die. Die tak bawak pensel, aku pinjamkan satu. Itu dulu... Sejak akhir2 nih, die semakin kerek. Skang nih, tanpa bertanya terlebih dahulu, die main amik jer barang2 aku sampai aku sendiri takleh buat keje. Tapik jurnal... aku masih bersabar.. Sehinggalah masa lab tadi, die salahkan aku sebab aku buat eksperimen tak betul. He talked like he knows but he himself don't have any lab manual!! Stupid Ricky.. Read first laaa!! ****er!!! Pergh.. marah nih.. Aku keluar lab tadik, dada aku sakit sebab menahan amarah. Dalam kelas selepas tuh pun aku tak dapat nak concentrate sebab masih marah. Sehingga aku balik rumah pun aku masih marah. Memang kalau ada sesiapa buat hal dengan aku masa tuh, aku pasti meletup. Aku lenjan Fenderina aku, main tak henti2.. sampai aku kembali tenang...

Cukupla pasal saker nih sorang. Baik aku concentrate pada final aku hari ini. Harap2nya aku dapat buat. Wish me luck...

Posted by Ahmad Fadzli on December 4, 2003 at 7:51:00 PM | Permalink