Home at last

Sepanjang minggu lepas aku jarang pulang ke rumah. Banyak masa dihabiskan di Gateway sebab aku rasa lebih selesa dan bersemangat study kat sana. Sepanjang minggu lepas aku disibukkan dengan midterm exams. Aku kurang yakin dengan exams kali nih. Persediaan tuh rasanya dah cukup, cuma, masa buat exams tuh hati aku tak tenang.. akibatnya, aku cuai sedikit. Harap2 tak teruk sangat result nanti.

Sejurus habis exam malam Jumaat, aku berehat sepuas-puasnya. Aku sekadar berbaring atas katil di rumah aku, melepaskan lelah. Tanpa disedari aku terlelap.

Bangun, hari dah lewat malam namun hati nih masih belum puas berehat. So, aku pack barang2 aku termasuk tocibai dan fenderina then call si Shakir.. "Kir.. aku nak lepak Gateway hujung minggu nih.. nak enjoy." Memang enjoy pun aku hujung minggu nih. Free sefree-freenye. Kebanyakan masa dihabiskan untuk siapkan website personal nih. Si Shakir plak baru beli Xbox ngan beberapa game best cam Soul Calibur II and LOTR yang baru tuh, The Return of The Kings. Apa lagi... lenjan la heh heh.. Aku beli game PS2 jer.. Castlevania: Lament of Darkness... Boleh la.. dah lama aku tak main game baru. Asek2 Madden 2004 jer.

Ahad malam Isnin baru berpeluang tgk citer Matrix setelah tertangguh beberapa minggu. Itupun setelah diajak oleh Amin yang ada keta. Lepas tgk movie aku rasa penat sangat. Penat dengan weekend yang 'full' nih. Lagipun esoknya dah masuk hari Isnin and tinggal sikit je lagi yang perlu disiapkan sebelum aku boleh lancarkan website personal aku. Nak taknak aku kene balik rumah (terpaksa tuh hehe). Orait.. cukup sudah sesi enjoy aku. Kembali kepada kehidupan biasa.. target for Final!!!

Posted by Ahmad Fadzli on November 18, 2003 at 3:57:00 PM | Permalink