Dari Jauh Kupohon Maaf



Assalamualaikum..

Buat keluarga Along yang dikasihi yang mungkin kini sedang bergembira di kampung bersama sanak saudara yang lain. Along di kejauhan ini harap semuanya sihat2 belaka dan ceria menyambut Syawal.

Along di sini ala kadar sahaja. Pagi raya nanti kami akan berkumpul bersama2 dan bersalam-salaman. Sekadar menceriakan hari raya. Adalah sedikit jamuan yang biasa2 (takdalah lemang2, duit raya.. hehe)

Pertama kali along berhari raya tanpa keluarga di sisi. Alhamdulillah along telah dididik untuk biasakan diri berjauhan dari orang2 yang tersayang. Along hanya tabahkan hati dan memohon dari Ilahi semoga semuanya sihat2 dan selamat belaka.

Along tak dapat nak bersalam dengan mak dan abah dan adik2. Dengan opah.. dan dengan sedara2 yg lain. Hanya ekad yang tak seberapa ini sahaja sebagai pengganti diri. Di kesempatan ini along nak mintak maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki. Along mintak maaf sebab along banyak menyusahkan mak dan abah sebelum ini. Halalkan lah segala makan dan minum along, restuilah perjuangan along di sini dan doakan along semoga berjaya di dunia dan akhirat. Along harap mak, abah dan yang lain dapat meraikan hari kemenangan ini dengan gembira, sesempurna ramadhan yang kian berlalu.

Kirim salam along pada yang lain. InshaAllah, kalau tiada masalah, along akan call opah hari raya nanti. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya...


dari,
Along

Posted by Ahmad Fadzli on November 23, 2003 at 7:11:00 PM | Permalink