Mengimbau 20 tahun yang lalu

happy 21st. birthday

hadiah harijadi tanda persahabatan yang berkekalan dari Aim dan Dayang



Buat tatapan anak emak yang sentiasa emak ingati dan rindui, walau jauh beribu kilometer tetapi sentiasa dekat di hati seolah olah tergiang-ngiang suara along disisi emak.Didalam bulan Ramadan yang berkat ini bertambah tambah lagi kerinduan disertai dengan perasaan yang sungguh syahdu.Ya Allah hanya kepada Engkau aku pertaruhkan keselamatan dan kejayaan anakku di dunia dan di akhirat.

Terima kasih di atas ucapan hari lahir emak.lusa genaplah umur along 21 tahun iaitu 1 jangka hayat yang bermakna terutamanya kalau di Malaysia along bolehlah mengundi.bagi mak seolah-olah baru sahaja mak melahirkan along.masih jelas terasa betapa gembiranya mak dan abah serta seluruh keluarga menyambut kehadiran along yang terus memberikan title ibu dan ayah.Serta-merta hilang segala derita semasa mengandung dan melahirkan along.

Selamat hari lahir ke 21.semoga semakin hari semakin bertaqwa.

Semasa mak menulis ni,abah sedang bersiap-siap untuk ke surau taman keramat permai bagi menunaikan solat tarawikh.acik dan kamil masih berputar-putar dan bertolak-tolakan sambil bertuala ke hulu-hilir,abah mula menggaru kepala yang tidak gatal.qiammulail berjalan setiap malam tanpa ditinggalkan.malangnya di depan komputer dan tv.angah dalam dunianya sendiri,namun mak masih bersyukur kerana ia masih mahu belajar so far so good.al-amin dah bercuti. program-program ramadhan di al-amin berjalan seperti biasa ( ade minggu al-quds,ijah dapat no 1 dalam poster,no 2 dalam buat model, main wargame,best giler,hehehe).bagi berbuka kami di rumah amat sederhana.mak harap along juga dapat berbuka dan bersahur dalam keadaan tenang.

Hari ni pak lah jadi p.m. ke lima(kali pertama ijah tgk penyerahan kuasa)harap-harap malaysia terus selamat.durian cik tan dah jatuh,seksanya cik loih mengutip dan mengangkutnya melalui jambatan gantung di bulan puasa ni.anyway, along tak suka durian




Aku terlalu gembira. Sukar untuk kulafazkan dengan kata-kata betapa gembiranya hati ini. I feel like I am the luckiest person in the world right now. Jauh di Malaysia, keluarga yang disayangi sentiasa mengingati diri ini. Tidak jemu mendoakan kejayaan aku. Di sini rakan-rakan sebagai teman sudi bersusah-payah meraikan hari jadiku yang ke-21. Sesungguhnya aku bershukur dengan kehidupan yang dikurniakan Allah SWT ini. Aku bershukur kerana aku dikurniakan orang2 yang sentiasa menyanyangi diriku. Di saat aku dalam kesusahan aku masih mampu tersenyum kerana orang2 ini sentiasa disampingku. Alhamdulillah...

Malam tadi, Aim, Dayang, Cineh dan Kecik datang melawat. Tanpa disangka aku dihulurkan hadiah ikhlas dari Aim, dan Dayang. Jarang aku dapat hadiah sebegini di harijadi aku. Memang aku rasa terharu sangat2. Tak mampu aku berkata dengan lebih lanjut kepada derang berdua melainkan sekadar tersenyum dan melafazkan ucapan terima kasih. Yana plak bersusah payah memasak ikan, udang dan sayur yang memang sedap. Aku kelu... rupanya aku masih seseorang di sini. Tak cukup dengan itu, Shakir, Awie ngan Yeng ajak aku keluar berjalan-jalan. Plan-nya, nak minum2 kat kedai kopi macam di Malaysia. Tapi ni US bang, mane ade kedai kopi yang bukak larut malam melainkan pub2 dan kedai pizza. Walau bagaimana pun aku terharu dengan kesungguhan derang. Terima kasih rakan2.

terima kasih....
dan kini, aku semakin yakin untuk teruskan kehidupan yang sebegini indah...

Posted by Ahmad Fadzli on November 2, 2003 at 2:24:00 PM | Permalink