Isu Tudung di Kolej Mara dan MRSM

Sign petition bantahan
Aku harap Pak Lah dapat buat sesuatu pasal isu tudung nih. Ahli keluarga aku sendiri ramai yang pakai tudung labuh. Lagikan pula rakan2 aku. Kalau aku mampu bangun menentang, sudah pasti aku akan bangun demi mereka ini. Jangan terlalu sensitif dengan perkauman sampai kita lupa sensitiviti agama. Perlaksanaan undang2 ini sudah pasti melanggar hak asasi dan kebebasan beragama di Malaysia. Kalau kita beria menjaga hak asasi wanita berpakaian barat, kenapa kita tak beria menjaga hak asasi wanita berpakaian Islam??? Amat menyedihkan sebab mereka yang mengeluarkan arahan ini merupakan orang Islam dan jangan lupa, agama rasmi kita adalah agama Islam...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk: MAKLUMAN CARA PEMAKAIAN TUDUNG BAGI PELAJAR PUTERI MRSM

Dengan hormatnya arahan Y.B. Menteri Pembangunan Usahawan berkaitan perkara di atas dirujuk.

Sehubungan itu,
saya diarahkan untuk memaklumkan kepada tuan/ puan mengenai cara pemakaian tudung bagi pelajar puteri di maktab dan kolej tuan/ puan iaitu dengan mengikat hujung tudung ke belakang dan tidak melepaskannya ke bawah (sila lihat lampiran 1).

Oleh yang demikian, pihak tuan/ puan diminta melaksanakan arahan ini kepada semua pelajar puteri tentang cara pemakaian tudung tersebut dan
pemakaian tudung labuh adalah tidak dibenarkan.

Sekian, harap maklum.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ISLAM DAN NEGARA'

MOHD HUSSAIN B. IBRAHIM
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
MARA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(sumber: malaysiakini.com)
Sign petition bantahan

Posted by Ahmad Fadzli on November 7, 2003 at 12:37:00 PM | Permalink