Rebooted

rebooted

Awal aku tidor semalam. Lepas siap masak and makan, terus aku tak sedarkan diri kat atas sofa depan tv tuh. Time tuh tengah tengok citer Smallville. Tak sempat habes aku dah tertido. Kol 5 lebih tadi sayup-sayup aku terdengar azan. Aku pelik, kat mana datangnya azan nih. Ni bukan Kampung Air Itam Labu, ade orang bang kat surau. Nih Amerika nih. Hehe.. Aku laloq time tuh, terlupe yang laptop Syah ade setkan azan. Kalau tido awal nih, senang pulak bangun. Walhal azan kat laptop Syah tuh slow jer. Kalau hari lain, alarm clock tuh menjerit pon aku tak sedar-sedar. Anyway... Selepas tak tido 24 jam dan dapat plak rehat awal semalam, aku rase badan aku bertenaga sangat pagi nih. Macam-macam aku rase aku nak buat hari nih. First kelas aku pukul 11 kang.

Okla jurnal, aku nak pastikan yang hari nih aku dapat jadi seproduktif hari semalam. Tapi bukan kerana aku tidak tidur, tapi sebab aku tidur awal dan bangun awal....

----> ¿ch3mat.played¿

Posted by Ahmad Fadzli on October 2, 2003 at 8:09:00 PM | Permalink