Jangan Tidur

Jangan Tidur

Jam dah pukul 5 pagi. Mata aku masih liar mengadap helaian kertas yang perlu diisi dengan formula2 dan nombor2. Sejak pukul 2 tadi, helaian2 kertas yang bertaburan di atas meja ini masih belum dapat dipenuhkan. Mata terasa berat namun otak masih ligat berfikir. Masakan mahu tidur jika otak ini sedang ligat. Aku tutup buku dan kemas kan meja tempat kubelajar. Aku baring dan cuba kosongkan fikiran. Namun otak ini terus ligat berfikir. Aku sendiri tidak pasti apa yang sedang difikirkan. Kepala sudah dibenamkan di bawah bantal. Mata sudah terkatup rapat. Lampu sudah dipadamkan. Namun otak ini masih ligat berfikir.

Aku risau, takut tak dapat hadir ke kelas esok pagi. Lagipun Subuh sudah hampir. Masakan aku dapat bangkit semula sejam kemudian dengan keadaan badan yang sebegini penat. Aku kuatkan diri. Berazam untuk tidak tidur kerana risaukan kelas pagi ini. Aku duduk di depan tocibai dan kembali menulis jurnalku. Apa yang aku nak buat lepas nih? Hmm...

Dah lama aku tidak mengadap Ilahi di Subuh hari. Eloklah aku mengabdikan diri. Tak lama... hanya 1/24 dari hari nih. InshaAllah, usaha aku hendak menambah ilmu pagi esok akan dipermudahkan. Amin...

¿ch3mat.played¿

Posted by Ahmad Fadzli on October 1, 2003 at 5:14:00 PM | Permalink