Friday Night at Park Hill

Jumaat malam sabtu. Bebudak nih (juniors) datang melawat rumah aku dan Syah. Derang nak masak nasik ngan ayam. Dah boring kot makan kat dining hall.. asyik2 salad.. salad..salad... Lainla kalau katok. Boleh la makan ayam kat dining hall tuh. Hehe.. Derang cume datang menumpang masak. Barang2 sumer derang beli. Ayam halal, bawang besar, putih, merah, halia.. sumer lengkap Tunggu nak masak je. Ceria sikit malam minggu nih bile bebudak nih datang . Main ps2, main monopoly, sambil2 tuh gilir2 masak.

Aku masih kantoi lagik dalam bab2 potong ayam nih. Selalu sangat aku miss bahagian sendi yang patut dipotong. Alaa.. hentam jerla.. janji boleh masak.. boleh makan.. hehe... Pukol 11 malam baru kitorang dapat makan. Si Oja pon ade datang menolong. Sanggup die cancel tgk wayang ngan Farid. Oja besh.. i lap you hahaha... Kitorang masak roasted chicken ngan ayam masak kicap. Cukup la untuk 10 orang. Semua kekenyangan.. Tu pon ade lagi lebih ayam mentah. Tak payah aku kuar duit beli lauk dah minggu depan :p Time kaseh semua sebab sudi datang. Terubat kesunyian sepanjang minggu persekolahan aku. Lepas makan ramai2 tgk citer jeepers creepers 2. Kol 3 pagi baru derang sumer balik...

Petang tadi aku pi main bola. Sebelum tuh main tennis dengan si dD and Cineh. Sepatutnya tgh hari tadi nak gi main badminton dengan Yuchin and aunty Fuzy. tapi tak jadik.. sebab aku bangun lambat hahaa... takleh control maa... Lagi2 hari minggu camnih. Penat jugalah beriadhah petang tadi. Hari minggu jer aku dapat luangkan masa sikit untuk bersukan. Weekdays tak dapek.. sibuk memanjang. Sok plak aku kene bangun awal sikit sebab nak gi Walmart dengan Syah. Rumah nih dah kehabisan stok. Nak kene shopping sikit. So.. malam nih takleh la tido lambat2..

Oh yer.. Sebelum terlupa. Ab3^ | A Summary of Me telah mendapat kunjungan yang keseribu pagi sabtu tadi. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini dan terus memberi sokongan kepada webjurnal yang tak seberapa ini. Bila aku tgk statistik pelawat, kadang2 kelakar jugak sebab ade sebahagian pelawat (referrers) terjengah kat sini setelah search something kat google atau yahoo. Ade yang search "Gambar Mozart" ada yang seacrh "Gambar Kejadian Pelik". Paling aku kelaka orang yang search "Awie". kat page aku nih memang banyak aku tulis nama tuh. Tapi bukanlah artis sebagaimana yang derang carik hehe.. Ape2pon, aku bershukur sebab masih mampu bertahan dan terus menulis sehingga saat ini. InshaAllah, dengan adenya sokongan kalian, aku akan bisa pergi lebih jauh.. Time Kaseh!!!

Tambah siket... bersempena dengan angka seribu nih, aku rase aku patut tulis ranking referrers webjurnal aku sejak my very first entry. Links nih akan bawa korang ke page di mana derang boleh sampai sini:

1st: Nas - 133 hits
2nd: Idahman - 95 hits
3rd: Moeh - 81 hits
4th: Azya - 65 hits
5th: Yana - 32 hits

Posted by Ahmad Fadzli on September 21, 2003 at 9:23:00 AM | Permalink