Festival of the Arts

Festival of the Arts

Baru sekarang ade lebih masa untuk diluangkan bersama korang sumer. Memang banyak bende menarik berlaku sejak minggu lepas. Aku kire... Dalam bulan Julai nih, memang banyak acara2 yang ditunggu oleh sumer penghuni State college mahupun seluruh penghuni negeri Pennsylvania. Baru jer lepas sambutan 4th fest (hari kemerdekaan Amerika), kitorang dijamu plak dengan satu lagi acara tahunan yang ditunggu-tunggu, Festival of The Arts yang berlangsung selama seminggu bermula isnin minggu lepas. Kemuncaknye adalah hujung minggu lalu, di mana kitorang student2 di PennState nih berkumpul dan enjoy bersama-sama sekalik lagi.

Bermula pada Hari Jumaat, Allen Street yang telahpun dipenuhi dengan pelbagai jenis gerai sejak hari Isnin lalu, semakin padat dengan pengunjung2 yang datang berpusu-pusu. Aku kire mereka ini datang dari seluruh negeri Pennsylvania, mungkin ade yang datang dari tempat yang lebih jauh. Memang pada petang sejurus selepas semayang Jumaat tuh, seluruh downtown State College dibanjiri dengan ratusan ribu orang sepertimana yang diumumkan dalam The Collegian. akhbar rasmi PennState University. Kami sekumpulan rakyat Malaysia di sini tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta dalam festival yang diadakan cume setahun sekali ni. Apatah lagi nak melihat sebuah perayaan yang semata-mata berdasarkan tema "Arts". Memang downtown kali ini dipenuhi dengan pelbagai jenis gerai, acara yang bertemakan seni.

Downtown State College diconteng sejak minggu lepas lagik

Festival of Arts di PennState nih juge dikenali kerana menjadi satu acara yang ditunggu oleh para remaja student2 untuk berparti siang dan malam. Jalan-jalan dan beranda2 di setiap apartment di sini dipenuhi dengan remaja2 yang kadang2 hilang akal sehingga polis terpaksa membuat rondaan sepanjang malam. Tak pernah lagi aku lihat jalan2 di downtown State College ini dipenuhi dengan manusia seramai ini. Aku pon jadik rimas dibuatnya. Aku agak... suasana semasa tuh boleh dibandingkan dengan suasana hari raya di mana masyarakat saling ziarah menziarahi. Cume.. semestinya ada tambahan yang berbeza... sekeping pizza dan segelas wine sebagai kemestian. tak kurang juge yang buat pesta jalanan, sambil teman serumah menyediakan bbq. Secara umunya, suasana di sebelah malam tak ubah seperti suasana sibuk waktu malam di Bukit Bintang di Malaysia.

ratusan ribu orang membanjiri festival kali ini

Jika ditolak ke tepi suasana negatif ini, Festival of the Arts pastinya sebuah perayaan yang sungguh istimewa. Seluruh masyarakat dari seluruh peringkat umur datang untuk melihat acara yang dipersembahkan dan mungkin juge kalau boleh, membeli sebarang dua lukisan atau hiasan rotan untuk dibawa pulang. Persembahan oleh kumpulan Sister Hazel pada malam Ahad sememangnye suatu acara yang dinanti. di sekeliling tempat persembahan kelihatan perbagai acara2 menarik. Kitorang sempat ber'gladiator' dan ber'sumo'. Tak cukup dengan tu, kitorang bergembire lagik dengan bermain laser war dalam bangunan HUB. Acara2 indoor tak kurang juge hebatnya.

err... camne pakcik nih buat tukul nih?

Pagi Ahad selepas itu, seluruh downtown kembali sunyi. Mungkin menandakan perayaan telahpun tamat. Mungkin juga menandakan masa untuk kembali ke kelas, dan mungkin juga menandakan kepenatan. Apa-apa pun, pesta kali ini sememangnye berbaloi untuk dijadikan kenangan...

Posted by Ahmad Fadzli on July 14, 2003 at 10:08:00 PM | Permalink