red hot chills

Aku baru balik dari Bryce Jordan Center. Kali nih ape yang menarik? Haha.. Cube korang bace betul2 ape yg tertulis kat dalam gambar nih

Red Hot Chili Peppers!!!

RHCP!!!!

Yeah... Aku memang minat dengan rhcp sejak dulu lagi. Sat lagi die mai pennstate plak dah. Takkan nak pandang sebelah mata jer.. Dari minggu lepas lagi aku dah beli tiket. So, petang tadi balik jer dari kampus, terus aku pegi jumpe Shakir and Rafiq. Then tanpa berlengah kitorang jalan dari creamery (kedai eskrem pennstate) ke Bryce Jordan Center. Sampai-sampai terus kitorang masuk and get seated. Aku nih padahal dari pagi tadi aku kuar rumah tak balik2. Balik sekejap semayang asar then terus pegi sini. Adeh, boleh kate penat jugelah. Dahla perut nih tak diisi dengan ape2 lagi sejak pagi tadi. Setakat minum water cooler jer. Heh heh.. takpe.. demi rhcp, aku sanggup.. Yeah..

Sebelum rhcp punyer persembahan, ade la band2 bosan tumpang stage. Memang mengarut gile... Jauh panggang dari api. Aku datang sini nak tgk rhcp. Bukan nak tgk band2 lain yang aku sendiri tak penah dengar. Huhu.. Berkat kesabaran menunggu, BJC tiba-tiba bergegar apabila 4 lembaga manusia naik ke atas pentas sementara lampu dipadamkan. Sorakan dan teriakan penonton berhenti sejurus spotlight dihalakan kepada Chad Smith yang terus memainkan beat yang cukup familiar. Pada tika dan saat itu, stage disinari dengan pancaran spotlight2 lain. Dan aku pun terdengar suara yang cukup tidak asing lagi menyanyi mengikut rentak tadi.. "Scar tissue the I wish you saw...". And time2 tuh jugakla BJC sekali lagik bergegar. Lagi-lagi apabila bassist rhcp yang memang tidak asing lagi, dan guitarist yang memang cun turut sama mengikut irama. Yeah, lagu pertama pon dah lagu peberet, Scar Tissue...

Frus and Kiedes dalam still life lagu baru, Can't Stop

Persembahan rhcp memang mantap, macam yang Shakir cakap, flawless.. huhu. Memang mantap pon. Telinga aku tak sempat nak berehat. Memang sepanjang konsert tuh gabungan vokal Anthony Kiedes, bass Michael Balzary, petikan lead guitar John Frusciante dan beat drum Chad Smith memang serasi. Sape tak kenal Balzary and Frus.. Dua orang nih la bagi aku, tunjang kepada rhcp. Mereka berdua sahaja dah cukup membuatkan kitorang ternganga apabila mereka berduet main lead dan bass. Laju dan spontaneous yet dalam masa yang sama derang ikut beat. Camne tuh?

Selain Scar Tissue, hampir semua lagu femes rhcp sempat dipersembahkan tadi macam By The Way, Otherside, Give It Away, Around The World, Californication, lagu peberet aku, The Zephyr Song, lagu baru Can't Stop dan tak lupe lagu lama, Under The Bridge... Selama 2 jam kitorang dijamu dengan lagu2 rhcp. Memang sebijik macam ape yang aku dengar sebelum nih. Persembahan live derang memang mantap dan bertenaga.

Aku tak larat nak ulas panjang2 sebab sok masih skolah. Yang penting, aku memang puas hati. Rugi korang tak pegi woo...

orait.. chiowz...

Posted by Ahmad Fadzli on September 17, 2003 at 11:49:00 AM | Permalink