Mr Vice

Mr Vice

Aduuh.. Beratnya mata ni. Jam dah pukul 11:40 malam. Memang aku nak tidur sangat tapi memandangkan assignments untuk esok tak siap lagi, terpaksalah bersengkang mata sampai siap. Memang masalah besar kalau takde buku teks. Hari nih baru aku dapat buat salinan2 untuk homework hari Jumaat. Nasib baik aku dah buat sebahagian besar homework hujung minggu lepas. Hmm... Tak taulah bila boleh tidur. Harap-harap dapat siapkan assignments nih cepat2.

Baru kejap tadi si Yuchin datang melawat rumah. Sekadar datang melawat aku ngan syah. Dia kata bosan sangat. Mana tak bosan, dah semester terakhir, amik plak 6 credits jer. 2 kelas seminggu. Aiya.. manyak senang woo... heheh.. Yuchin datang borak-borak jer. Bagi amanat sikit kat successor die.. huhu.. Oh yer aku terlupa plak pasal meeting MASA (Malaysian Student Association) hari Sabtu lepas. Hari tuh kitorang ada meeting sambut junior2 and perletakan jawatan lembaga MASA semester lepas dan sekaligus melantik jawatankuasa baru untuk semester ni. Ramai jugalah yang datang. Jumpalah balik muka2 yang dah lama tak jumpa sejak cuti Summer lepas. Anyway, aku nak amik kesempatan nih nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua MASA members sebab beri kepercayaan kat aku. Honestly, aku dah lama tinggal bab2 nih. Last time involved in this stuff masa zaman sekolah. Masa tuh boleh la nak aktif. Otak pon tak kotor lagi.. hahaha... Tak pasal-pasal dapat anugerah tokoh pemimpin kelab.. Memang tak sangka.. Tapi tuh dah lame berlalu. Tinggal kenangan jer... So, dengan ini aku nak ucapkan tahniah kepada majlis lembaga baru MASA at Pennstate untuk sesi Fall03/Spring04 dan terima kasih kepada bekas2 pimpinan sesi lepas ...

InshaAllah.. kalau semua orang sudi beri harapan, sudi beri sokongan masakan aku nak melarikan diri dari amanah yang diberikan. Thanks kengkorang. Aku memang rasa sangat2 dihargai... I luv u all!!.. idop Pennstate!!! :D

chiowz...

oh yer lupe... Archive aku dah fixed. So boleh la kalau nak trace balik post2 aku yang lepas. Aku buat separate page for each of the template.. leceh.. Lega dah siap... Saje aku letak kat bawah so korang terpaksa scroll page nih sampai habes. Hehehe... One more.. Try hover your cursor over each image you can find in this page. I put some descriptions about that particular image. adios.. nite2..

Posted by Ahmad Fadzli on September 16, 2003 at 11:56:00 AM | Permalink