salam...

Atas nasihat seorang sahabat, inshaAllah mulai hari nih aku akan mula memberi syarahan tentang kitab2 yang ada dalam simpanan aku untuk diabadikan di dalam dunia virtual nih. Aku akan mulakan dengan dengan sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bertajuk KESILAPAN KETIKA SEMBAHYANG. InshaAllah, akan jadi peringatan untuk semua terutama untuk diri aku yang dah makin lalai nih..

Banyak bende2 penting dan patut kita tau sebelum kite boleh menunaikan sesuatu ibadah apatah lagi ibadah yang paling penting dalam hidup kite iaitu solat/sembahyang. Aku lebih prefer panggil solat sebab mengikut kata2 ustaz aku dulu, sembahyang nih berasal dari perkataan hindu dan bermaksud penyembahan 'yang' yang merupakan salah satu tuhan pujaan manusia purba kala. Oleh itu, seboleh-bolehnye kite elakkan dari menggunakan istilah kuno yang memberi maksud yang salah, dan mungkin boleh membawa kepada kekufuran. Kite dah ade istilah yang lebih sesuai malahan istilah nih berasal dari bahasa syurga. Oleh kerana bende nih asas... eloklah dulu kite perbetulkan ibadah kite yang utama nih. Solat kan tiang agama? Kalau tiang agama pun dah tak kukuh, usah diharaplah dapat doa yang termakbul. Itu baru dari segi ganjaran. Jangan dilupa, solat fardhu ni wajib. Pernah tak kite terfikir adakah ibadah wajib yang paling utama ni tidak diterime walhal kite dah berpenat lelah 5 kali sehari bersolat? Oleh itu, sewajarnya kite check balik, adakah kite sudah berada di atas landasan yang betul...

Martabat dan Kedudukan Solat
Solat ni adalah suatu ibadah yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang disertai dengan niat, dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat nih ade kedudukan yang spesel berbanding ibadah2 yang lain sebab solat nih dikatakan tunjang kepada semua ibadah2 yang lain.

1. Solat Merupakan Tiang Agama
2. Solat Merupakan Ibadah Yang Pertama Diwajibkan
3. Solat Merupakan Ibadah yang Pertama Dihisab
4. Solat Merupakan Wasiat Rasulullah SAW yang Terakhir kepada umatnya
5. Solat Merupakan Garis Pemisah antara Islam dan kafir
6. Solat merupakan Jaminan Masuk Syurga
7. Solat merupakan Syiar Islam yang pertama dan menjadi penghubung antara Allah dan hambaNya


Dalam kitab tersebut disyarahkan lagi setiap satu dari martabat dan kedudukan solat seperti yang di atas. Aku assume, semua di sini tahu tentang asas dan martabat2 Solat nih. Kalau perlukan juga penjelasan. Boleh guna ruang comment di atas sebelah kiri post nih (sebelah date/day). kite boleh buat discussion kat situ. Aku akan tekankan bahagian fiqh di mana bagi aku, bile kite mengambil berat tentang fiqh solat, secara tak langsung kite sebenarnye dah bertambah keprihatinan kite terhadap menjaga ibadah. Dan ini merupakan satu permulaan yang baik.

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):
"Tidak Aku jadikan Jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu
(al-Quran: Surah ad Zariyat, ayat 56)

wassalam

next----> Kepentingan solat berjemaah

Posted by Ahmad Fadzli on July 20, 2003 at 9:04:00 PM | Permalink