Mr Vice

Mr Vice

Aduuh.. Beratnya mata ni. Jam dah pukul 11:40 malam. Memang aku nak tidur sangat tapi memandangkan assignments untuk esok tak siap lagi, terpaksalah bersengkang mata sampai siap. Memang masalah besar kalau takde buku teks. Hari nih baru aku dapat buat salinan2 untuk homework hari Jumaat. Nasib baik aku dah buat sebahagian besar homework hujung minggu lepas. Hmm... Tak taulah bila boleh tidur. Harap-harap dapat siapkan assignments nih cepat2.

Baru kejap tadi si Yuchin datang melawat rumah. Sekadar datang melawat aku ngan syah. Dia kata bosan sangat. Mana tak bosan, dah semester terakhir, amik plak 6 credits jer. 2 kelas seminggu. Aiya.. manyak senang woo... heheh.. Yuchin datang borak-borak jer. Bagi amanat sikit kat successor die.. huhu.. Oh yer aku terlupa plak pasal meeting MASA (Malaysian Student Association) hari Sabtu lepas. Hari tuh kitorang ada meeting sambut junior2 and perletakan jawatan lembaga MASA semester lepas dan sekaligus melantik jawatankuasa baru untuk semester ni. Ramai jugalah yang datang. Jumpalah balik muka2 yang dah lama tak jumpa sejak cuti Summer lepas. Anyway, aku nak amik kesempatan nih nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua MASA members sebab beri kepercayaan kat aku. Honestly, aku dah lama tinggal bab2 nih. Last time involved in this stuff masa zaman sekolah. Masa tuh boleh la nak aktif. Otak pon tak kotor lagi.. hahaha... Tak pasal-pasal dapat anugerah tokoh pemimpin kelab.. Memang tak sangka.. Tapi tuh dah lame berlalu. Tinggal kenangan jer... So, dengan ini aku nak ucapkan tahniah kepada majlis lembaga baru MASA at Pennstate untuk sesi Fall03/Spring04 dan terima kasih kepada bekas2 pimpinan sesi lepas ...

InshaAllah.. kalau semua orang sudi beri harapan, sudi beri sokongan masakan aku nak melarikan diri dari amanah yang diberikan. Thanks kengkorang. Aku memang rasa sangat2 dihargai... I luv u all!!.. idop Pennstate!!! :D

chiowz...

oh yer lupe... Archive aku dah fixed. So boleh la kalau nak trace balik post2 aku yang lepas. Aku buat separate page for each of the template.. leceh.. Lega dah siap... Saje aku letak kat bawah so korang terpaksa scroll page nih sampai habes. Hehehe... One more.. Try hover your cursor over each image you can find in this page. I put some descriptions about that particular image. adios.. nite2..

Posted by Ahmad Fadzli on September 16, 2003 at 11:56:00 AM | Permalink

salam...

Dua hari aku tak menulis. Kepala aku pening-pening sikit. Agaknye sebab aku tidur tak ikut masa yang tetap. Setiap hari bertukar. Assignment dah mula bertimbun. sibuk...

Posted by Ahmad Fadzli on September 15, 2003 at 5:31:00 AM | Permalink

Pulih

salam...

Pulih

Alhamdulillah... dah hilang sakit telinga aku. Selama empat hari aku berubat akhirnya sembuh juga. Shukur sangat-sangat sebab dapat juga aku dengar balik macam orang normal. Bila terfikirkan dugaan2 yang datang nih, kadang2 menyesal juga. Bila kita dalam kesusahan baru kita nak kembali kepada fitrah. Bila ditarik salah satu nikmat baru kita terasa betapa tak sempurnanya kita tanpa salah satu deria tersebut. Alangkah sombongnye manusia...

So.. dengan konfidennye, aku melangkah ke kelas dengan senyuman terukir lebar....

Selain telinga aku nih ade satu lagi yang dah sembuh... Yep.. Ab3^ | A Summary of Me dah takde error!!! hahaha.. Semalam baru aku jumpa dekat mane silapnya. Memang betul jangkaan aku sebelum ni. Memang bukan salah scripts. Tapi... aku terlupa something.. Bloggers tag is a script... Hehe.. that's the clue. So tepat jangkaan aku yang memang bloggers code tak dapat kesan archive aku yang dah hilang entah ke mana... Tapi naseb baik, aku ade simpan salinan2 archive yang lepas2. So.. there's no problem. Aku boleh buat page sendiri khusus untuk archive. So.. setel la sudah masalah aku yang satu nih...

alhamdulillah...

Oh yer.. Hari nih first day Lab chem aku. Kelam kabut sungguh aku nak buat laporan tadi. Dah lama tak menulis lab report. Hmm.. Nasib baikla labmates aku baik2. Sebelah kiri aku orang Pakistan, nama die Jaffar. Sebelah kanan aku plak the only junior dalam kelas nih. Cheryl, a cute chinese girl. Memula tak tau juga yg dia tuh Malaysian sampailah time perkenalkan diri. Hmm.. menarik...

Yep.. Hari2 esok bakal menarik... Dugaan tetap dugaan.. Apelah hidup tanpa dugaan? Apa salahnya jika kita berlagak ceria menyambut hari2 esok... Rabbishrahli sadri... Wayassirli amri...


chiowz..

p/s: hari nih 9/11. Amerika sambut hari peringatan... Teringat plak ape yang Encik Zainal (JPA) cakap dulu... "Pegi US nanti jangan cakap nogori.. Bile orang tanya kite, jangan cakap Oo.. Sama la den.." :p

»pulih
»updated IV
»updated III
»updated II
»updated I

Posted by Ahmad Fadzli on September 12, 2003 at 8:16:00 AM | Permalink

salam...

Dah tige hari aku pekak sebelah. Terasa sakit sangat telinga sebelah kanan aku nih. Ya Allah.. banyaknye dugaan awal semester nih. Memang aku senang sakit telinga nih tapi bukan selalu. Bile suhu badan aku berubah or suhu sekeliling berubah, akunye ear wax nih akan mengeras. Bile dah keras, ear canal aku nih clogged. Udara tak dapat mengalir dengan sempurna, aku tak dapat dengar dengan clear and generally aku hilang keseimbangan badan. Nih nak masuk Fall nih, cuaca kat State College makin sejuk. Dan aku tetiap hari mengerang kesakitan and mengeluh sebab tak dapat dengar ape instructors aku ajar dalam kelas. Bile telinga aku nih tersumbat sebelah, sebelah badan aku jadik lenguh2 especially kat bahagian kaki sebab kaki aku memang senang lenguh sejak kecik lagik. Pernah dulu mak aku bawak aku balik kampung berubatkan bomoh. Bomoh tuh pon mintakla rambut aku selai, telur ayam ngan jarum sebatang. Tak tau la ape die buat dengan bende2 tuh, yang pasti sakit aku tak hilang. So, selama tiga hari nih balik jer kelas aku akan terbaring depan tv mengadap sebelah kiri. Then aku letakkan ubat dalam telinga aku. Basically ubat nih untuk cairkan ear wax tuh... Selalunye aku akan tertido sebab aku tak larat tahan badan sebelah jer.

Nasib baik ade obat

Tadi aku pergi post office dalam campus, nak bayar bill tepon ngan bil internet umah. Aku bayar gune checks. Aku masukkan checks dan segala bende alah yang die nak dalam sampul tuh. Aku cukup-cukup-cukup bengang dengan Mike the Mailman tuh sebab kepoyoan die belagak cam bagus. Aku dah tulis elok2 check tuh sejak semalam and letak dalam sampul comey2. Bile aku tanya kat Mike tuh die ade gam tak, terus die rampas surat dari tangan aku sambil mulut bercakap tak berenti2, and nak tau ape die buat? Die lumur satu sampul surat yang masih terbukak tuh dengan gam. Lahabau sungguh... Habes check2 and resit2 dalam tuh kene gam. Tak sempat aku bukak mulut die dah campak dalam mailbox. Arrrghh! asal ko camtuh aa Mike??!! Dah la tuh first time aku tulis check! Hins hins... aku memang cukop bengang time tuh. Tapi aku takleh buat ape sebab surat tuh dah selamat dalam peti besi mailbox tuh. Dengan muke hangin, aku blah....

chiowz..

Posted by Ahmad Fadzli on September 11, 2003 at 11:23:00 AM | Permalink

In construction: abepictoblog

Anyway.. hepi besday diucapkan kepada Abdul Muizz Morhalim (ustaz muizz)
Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt. Semoga berjaya dunia dan akhirat.. ameen.

Posted by Ahmad Fadzli on September 9, 2003 at 4:49:00 PM | Permalink

salam...

Masuk sudah minggu kedua kelas Fall berjalan-jalan. First of all, aku nak mintak maaf kepada junior2 kerana prasangka yang terbukti tidak betul. Hanya kerana mereka tidak mengucapkan terime kasih kat airport ari tuh bukanlah bermakna mereka kerek. Bile difikirkan balik, mungkin mereka kepenatan. Tak dapat berfikir panjang. Yang dipikirkan.. cume nak sampai ke bilik secepat mungkin dan pitam. Bile bebudak nih rajin datang melawat umah aku, baru aku sedar betapa meriahnye bile datang junior2 nih. Selama nih.. terase juger keseorangan... Aku tak kesah sangat kalau derang datang nak tumpang masak. Lagi aku suke adela.. lagi2 kalau bawak ayam skali. Tak payah aku beli lauk dah... So, pengajarannye, dont ever..ever.. judge somebody from his or her appearances. Get to know them, talk to them. InshaAllah, hubungan tuh akan terbentuk sedikit demi sedikit. But.. ade la a couple of students yang tak bape suke nak bercampur or lebih teruk.. sudi nak menegur. Even kat masjid, duduk sebelah2 pun taknak bersalam. Aku rase muke aku nih dah cukup melayu dah untuk dikenali. Takdela plak pernah aku dye rambut aku nih kaler merah ker biru ker... Ego? bukan.. kalau ego mungkin aku. Ego as a senior. I do expect them to start the conversation. I do want to test their knowledge about taaruf (konsep berkenalan dalam Islam). But until now.. not even a mimic...

I have to admit that this semester has come to the Red Level stage, where my economy is at its worst ever. I have a negative checking account, and therefore i was charged for every transaction i made. And the charges are not low.. $30 per withdrawal. Multiply it by 3.8 and you will know that you are in big trouble. I was not aware of that negative value as at that time i was far away from reaching any ATM machine by the name of my bank. And thus, i neglected the need to check the balances (as it will be charged like $3 if i use other ATM machine). So, i thought that i was right and i kept swiping my credit card until the balances went far below zero... Oh yeah... that was just right. And now i am doomed. Moreover, next allowance is one month away... So, in these 2 weeks, i have been eating rice and ikan bilis and drink plain water. Only when the juniors are nice and considerable, i'll get to eat something sweeter :D Worst ever... I'm studying without textbooks and using only half of my last semester note pad for 4 subjects... This is indeed the worst situation ever... Im keeping myself away from these problems and try to focus in my studies, but yet.. these problems are big problems and they need solutions as soon as possible. Generally, i am in a deep depression. I keep on smiling but it will not go for long...

But...

I am really happy that my family is always there for me. As an 'along', I try my best not to cry for help. I do not have enough experiences and this is my weakness. Therefore, i will take this as a lesson and remind my youger brothers and sister not to repeat what i have done wrong in my life.....

wassalam...

Posted by Ahmad Fadzli on at 5:45:00 AM | Permalink

This is a Life

yo..

It's been a while since i posted a long true story bout my daily life at state college. I do.. i really want to write, and writhe about what had happened in the last two weeks especially bout the trip to Virginia. Well.. the problem is, whenever i opened the blogger, my head started to spin and seconds later i realized that i accidently closed the window and sometimes i hit the home button and way to go, i was at google.com again.

Well... i am really grateful because i made the right decision. thanks to anybody who listened to my heart. You are nice, open-minded and caring, friend......

:D

Posted by Ahmad Fadzli on September 7, 2003 at 7:29:00 AM | Permalink

Weih korang.. ni lagik best darik quizzila nih.. hehe.. Aku tak dapat aa naruto.. :(

[rosak harap maaf]

Posted by Ahmad Fadzli on September 6, 2003 at 8:28:00 AM | Permalink

American public ranks Penn State one of the best
Thursday, August 28, 2003

--------------------------------------------------------------------------------

Princeton, NJ -- A new national survey by the folks at the Gallup organization reveals Penn State is considered one of the top universities in the nation by the general public.

Respondents to a July Gallup Poll were given the opportunity to name two schools in answer to the question: "All in all, what would you say is the best college or university in the United States?"

Penn State tied for 11th nationally, with four other schools: the University of Texas, Texas A&M University, Ohio State and the University of North Carolina.

Number one on the national survey was Harvard, with 24 percent of the vote. Stanford and Yale tied for second on the survey, with both schools receiving 11 percent of the vote.

Among poll respondents who live in the eastern United States, Penn State tied for fourth in national reputation, behind Harvard (36 percent), Yale (16 percent) and Princeton (7 percent), and tied with MIT, Penn and Stanford (all with five percent of the vote).

The survey results are based on telephone interviews with 1,003 national adults, aged 18 and over.

The Gallup organization drew some comparisons with the recent U.S. News & World Report annual college rankings when it issued its poll results.

In the U.S. News rankings, Penn State was listed considerably higher on the reputational score than it did on the overall rankings, which are based in many cases on institutional resources. Penn State, which only receives about 12 percent of its funding from the state, does not have the resources that are available to many public institutions.


State College ranks among most student-friendly towns
Tuesday, September 2, 2003

--------------------------------------------------------------------------------

In a recent national survey, State College has been ranked among the top 10 college towns for being the most student-friendly and accessible. The borough appeared in the tier III list, which cataloged towns with populations of less than one million, and included other Big Ten locales such as Bloomington, Ind., Madison, Wisc., Ann Arbor, Mich., and Champaign-Urbana, Ill. The report, compiled by Massachussetts consulting firm Collegia, cited State College as the most accessible college town among all categories, with 16 percent of commuting students walking or using public transportation to reach campus in 2000. State College also had the most internationally diverse student body, with 2,834 students from foreign countries per 100,000 people in 1999. The full report, as profiled in USA Today, can be viewed at http://www.collegia.com

Posted by Ahmad Fadzli on September 4, 2003 at 2:34:00 AM | Permalink

yo

Sok hari pertama sekolah. Kol 9 pagi dah ade kelas. Aku akan kekalkan tabiat aku mase summer. Pegi sekolah seawal mungkin.. Breakfast kat creamery. Kol 5 petang baru boleh balik umah. Yeah... tu die jadual harian aku.. heh heh..

Skang aku duk umah baru dengan Syah. Name apartment Park Hill. Tak bape jauh ngan campus. 5 minit berjalan. Rumah nih ok.. memuaskan. Yang aku tak puas hatinye, sebab poket aku kering. Pergh.. tensyen giler.. Padahal dah macam2 dah aku pk dalam paler otak nih. Nak hias tuh la nak hias ni ler.. Tapi.. duit plak takde.. Moreover, Next allowance masuk lambat lagik. Nak survive duit sewa pon tak tentu lagi. Haahh...

The Legend tinggal kenangan... Rumah baru.. azam pon kene baru.. InshaAllah.. 3.5 and above!!! (gambar paling poyo...)
Last day di The Legend. Baru nak amek gambar..


oh yer.. laporan mase pegi Busch Garden tuh aku belum buat lagik. Malas... Ade mood nanti baru buat.. :D

Posted by Ahmad Fadzli on September 2, 2003 at 12:08:00 PM | Permalink

salam merdeka,
Hari nih Hari Kebangsaan.. Hari Kemerdekaan. Jauh dari tanah air... hati kecil menjerit melaungkan kalimah keramat:

"Merdeka!.. Merdeka!.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Setiap kali tibe hari merdeka, hati kecil berkata: "merdekakah kita?"

Setiap kali hari merdeka, hati kecil berbicara: "Merdekakah mereka?!"

Merdeka bukan di Starhill.. Merdeka bukan di Dataran Merdeka.. Merdeka tersemat jauh dalam hati yang sentiasa bertanya "Merdekakah Aku?"...

salam..

Merdeka!!!!!!!

Posted by Ahmad Fadzli on August 31, 2003 at 1:57:00 PM | Permalink

salam..

Sekembali dari Busch Garden arik tuh... takde ape sangat yang aku buat. Bebudak nih tumpang umah aku ngan Syah sampai hari nih, hari di mana derang sumer dah boleh pindah masuk dorm. Aku tido lambat semalam... bangun pun ape lagi.. hampir2 terlepas Zohor. Aku nak mintak maap kat pennstaters sebab aku tak tolong korang angkat2 barang tadik. Itu kesilapan dan kelemahan aku. Sorry guys.. Sometimes i just hate to be myself. Selambe sangat!!

Aku still takde mood nak menulis. Maybe because masih ade bende yang tak setel. Ape die yang tak setel2 tuh? well... Soal perasaan, susah nak cakap. Tak tau bile boleh kembali seperti sediakala. Biarlah... Ape2pun masa tetap berjalan, kehidupan perlu diteruskan.

Oh yer.. sebelum mengkahiri, aku nak ucapkan selamat kembali kepada sumer skalik kat United States.. Selamat kembali belajar... cheers young spirits and gud luck!

bai..

Posted by Ahmad Fadzli on August 29, 2003 at 12:50:00 PM | Permalink

salam...

Baru sampai kat State College setelah bercuti sakan... Tak sabar nak buat laporan.. badan penat... otak pon penat. Banyak pk bende mengarut (at least that is what 'they' said... for me, it is my life... :D) Nanti aku tulis panjang2...

chaloh...

Posted by Ahmad Fadzli on August 23, 2003 at 1:37:00 PM | Permalink

Williamsburg, VA

[Post ini ditujukan khas buat rakan2 terbaik aku di PennState.
Awie, dD, Shakir, Mahira, Yeng, Oja, Aim, Dayang dan Anjit....
Pengalaman manis bersama korang takkan aku lupakan.
Terimas sebab sudi berada di samping aku.]

Williamsburg, VA

Hari ini kami bebas daripada kesibukan buku-buku dan exams dalam musim summer. 3 bulan berlalu begitu sekejap dan personally, banyak yang aku pelajari dalam 3 bulan ini. Dari kelas melukis, menulis nota musik, kehidupan membujang di The Legend dan bermacam-macam lagi pengalaman pahit dan manis, akhirnya tiba hari yang ditunggu-tunggu. Petang ini bas akan bertolak dari State College membawa kami ke negeri Virginia. Perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 15 jam. Kami akan banyak bertukar bas, sebab itu jarak perjalanan yang sepatutnya hanya 9 jam mengambil masa 15 jam. Walau bagaimanapun, dalam diri masing-masing tidak sabar hendak bertolak memulakan perjalanan, meninggalkan bandar State College yang mula lengang setelah kelas musim summer tamat hari Jumaat lepas.

ATAS: Bandar Harrisburg unik dengan jaringan jambatan dan keretapi yang bersejarah. BAWAH: abe tensyen tak dapat duk sebelah Mahira dalam bas :p

Pukul 4:30 petang. Kami bertolak dari State College menuju ke perhentian pertama, Harrisburg, ibu negeri Pennsylvania. Kemudian kami akan bertukar bas dan pergi ke Washington D.C. Dari sini, kami akan bertukar bas lagi untuk ke Richmond, ibu negeri Virginia. Di sini kami terpaksa menunggu selama lebih 6 jam untuk naik bas yang seterusnya akan ke destinasi terakhir kami, bandar Williamsburg. Dalam perjalanan yang cukup panjang ini, banyaklah kedengaran keluhan2, letih, penat, sampai ade yang mengeluh nak beli keta. Apa tidaknya, kalau di Malaysia, 15 jam naik bas sudah cukup untuk membawa kita dari Johor ke Perlis. Tapi tidak di Amerika nih, 15 jam hanyalah perjalanan yang pendek relatif kepada luasnya negara nih. Pelik, sepanjang aku naik bas di sini, tak pernah aku terlelap dengan lena. Selama 15 jam perjalanan, aku hanya dapat tidur 2 jam. Itupun dalam bas yang terakhir ke Williamsburg.

********************************************************************************

Pukul 8 pagi kami sampai di stesen bas Williamsburg. Aku terjaga sebaik sahaja bas tuh berhenti. Aku lihat ke sekeliling. Cantik. Hijau sungguh. Kawasan sekeliling stesen bas tuh memang dihias cantik-cantik sebagai sebuah tempat pelancongan. Kelihatan beberapa orang petugas yang kelihatan ramah melayan pelancong2 lain. Musim summer memang musim pelancongan kerana ketika inilah banyak sekolah2 sedang cuti. Setelah siap memunggah barang keluar dari bas, kami terus naik bas pelancong untuk ke tempat penginapan yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Masing-masing kepenatan dan perlukan rehat yang secukupnya. Tempat tuh dipanggil Rodeway Inn, motel paling berpatutan yang kami mampu bayar sebagai pelajar dan pelancong luar negara. Pukul 10 pagi, kami selamat sampai dan terus masuk ke bilik yang telah ditempah. Dah dapat katil, ape lagik, terbungkang la kami tak sedar2....

Rodeway Inn

Aku terbangun petang tuh, badan masih terasa penat. Memang dalam perancangan kami, yang hari nih diperuntukkan untuk berehat. Esok baru kami akan memulakan pengembaraan menjelajah Williamsburg selama 6 hari.
Hmm... Aku rase, sebelum aku teruskan, baik aku citer sikit tentang bandar Williamsburg. Apa yang menarik sangat di sini? Kenapa tak pergi Disney jer? Jawapan pertama dari aku... dekat, dan murah :p

Bandar Williamsburg atau lebih dikenali sebagai Colonial Williamsburg merupakan bandar bersejarah. Kalau sape kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S mesti penah dengar bapak si Ross ajak die pegi Colonial Williamsburg. Tak penah dengar? Tak penah tengok kat citer tuh??! (Sah aku kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S. hahaha.. ) Okeh, kembali kepada citer. Aku taknak citer pasal sejarah kat sini. Aku nak citer kenapa kami pilih untuk ke sini. Kalau nak tau sejarah bandar ni, boleh pegi sini. Sekadar menyebut, George Washington dan Thomas Jefferson berasal dari Williamsburg.

..................

Err.. malas plak nak citer pasal attractions nih. Aku nak tido.. penat.. (ye ye jer aku tgh tulis nih mase kat sana.. hahaha...) Ape2 pun nih 3 tempat yang menjadi destinasi utama kami:

Busch Garden
Water Country USA
Colonial Williamsburg

Lebih baik korang click links kat atas tuh sebelum teruskan membaca. Takyah aku explain dah lepas nih :p

********************************************************************************

Nih bace ke brochure tuh? Sampai tak nampak yang hari nih bas tak jalan?

Ehh.. Nak ke mana ni abang2? Dari tadi tengok map, bas nye tak jugak sampai2? hehe.. Begitulah betapa tak warasnya kami menunggu bas selama sejam lebih pada hari Ahad yang terang2 dalam brochures ade tulis... BAS CUTI HARI AHAD. Tapi.. mungkin kerana terlalu excited, kami tak perasan. Ok, no problem. kitorang cool jer. Biasela silap sikit (HamPeh!!!). Kembali kepada citer... Agenda pertama kami di sini, tidak lain dan tidak bukan... Shopping!! Hhehe.. Tak tau lah camne kami boleh nak pi shopping pulak. Padahal banyak lagi tempat2 menarik yang lebih wajar untuk kami habiskan duit. Actually, untuk masuk ke tempat2 menarik tuh, kene ade tiket. Dan tiket kami hanya untuk 4 hari. So, ade lagi 2 hari lebih dan kami setuju untuk gunakan 2 hari tuh untuk jalan2 sekeliling bandar bersejarah nih. So, kami pun bershopping lah sepanjang hari nih. Lepas shopping, kami naik teksi yang sama untuk pergi ke Peking Restaurant, restoran bufet yang menyajikan makanan chinese dengan bayaran $9.90 sekali masuk. Memang sangat-sangat berbaloi dan memang ramai pun orang dalam restoran nih. Macam2 jenis makanan ade dan banyak. Sepinggan di restoran ini sama dengan sedulang di Malaysia...

Guess menjadi pilihan utama. Malaysian suka duk atas lantai..

Barang-barang yang selalu menjadi perhatian kami adalah apparels. Lagi-lagi yang berjenama dan berharga mahal di Malaysia macam Guess, Nike, dan lain-lain. Kalau di Malaysia jeans Guess yang mencecah harga RM200, kami boleh dapat dengan harga USD20 di sini. Kalau convert pun still murah. Tapi, sejak sampai di sini, memang kami tak pernah terfikir untuk convert-kan mata wang tuh, sebab kami dapat duit pun dalam USD. Lainlah kalau kami dapat dalam RM, terpikir juger nak convert. Puas kami bershopping hari nih (aku bukan shopping.. aku sapu-ing.. :p). Malam ni, kami berehat lagi dan tidur awal, sebab esok kami akan mulakan pengembaraan kami yang sebenar di Williamsburg, bermula dengan Busch Garden!!

KIRI: Abe dengan seluar nike barunya. KANAN: anjit, awie, yeng dan shakir segak bergaya dalam bilik.. (dalam bilik jer padahal)

********************************************************************************

{Hari Isnin, 18 Ogos}

Kami bangun agak lewat hari nih. Setelah bersiap-siap kami pun bertolak ke Busch Garden menaiki bas yang disediakan untuk kemudahan pelancong dengan bayaran $1 sehari. Busch Garden merupakan tempat yang paling menarik di sini. Dengan bertemakan bandar-bandar Eropah, taman tema ini memang dihias dengan begitu cantik dan tersusun sekali. Dalam taman tema ini diwujudkan beberapa buah negara dan dalam kawasan setiap negara itu, persekitaran, makanan, pakaian, kedai-kedai akan menjual barang2 yang melambangkan sesebuah negara tersebut. Bermulalah pengembaraan kami menjelajah taman tema ini... Tak gune cakap banyak. Pictures tell more than words. Just hover your cursor over each image for the captions, IE only. Enjoy the pics...

anjit, shakir dan abe termenung jauh mengharapkan seseorang yang istimewa berada di samping pada masa2 cam nih
dD, anjit and yeng cuba jadik model
Aku paling suka gambar nih. Kat atas jambatan kecik kat atas tasik. Belakang tuh Lochness Monster dan Alpengeist tengah mengganas...
KIRI: Anjit sedang buat muka comel. KANAN: Alpengeist!!
Alpengeist terpaksa diberhentikan buat seketika kerana cuaca tidak mengizinkan. Kelihatan Aim menguap sebab pasrah
Ni aje cenderahati yang dapat aku bawak balik. Aku punye yang belah kanan
Yeng dan Shakir dihukum potong kapla sebab corupt
Di salah satu bandar dalam negara Germany, Oktoberfest yang menyajikan booth2 tikam menikam
 Kat atas salah satu jambatan di Busch Gardens. Lochness Monster sedang beraksi kat blakang. Boleh tgk video kat bawah nanti...
Kat Italy
Lunch kat Roma sambil tengok persembahan tarian tradisional orang Italy
Shakir ngan Awie bekerja separuh masa sebagai pembuat wain. Kelihatan abe sedang membeli

********************************************************************************


Ni ade aku letak sikit video. Kebiasaannya, video nih berjalan lancar lepas butang play ditekan. Kalau ade masalah, cube refresh and maybe ade popup yang kuar suruh install something from Microsoft. You can believe microsoft if you're using Windows so go ahead and download that software in order to see the video. Mungkin kene tunggu sekejap lepas tekan play tuh sebab video tuh akan didownload ke temporary folder dulu... Kalau ade masalah juga, sila interefreme di bawah post nih.

{AMARAN: this video has a happy ending :p}

Lochness Monster sedang beraksi. Yeng tak abes-abes mengadu ketakutan. Kenal pasti ayat ini dalam video nih: "Best giler be tapi takoott"
-abe: hHAhHAhahahaAha.. Asal ko kiut sangat Yeng?

Dua jer roller coaster yang dapat kitorang videokan. Lochness Monster dan Alpengeist. Yang kat atas tuh Lochness dan yang kat bawah nih Alpengeist. Meh aku citer sikit pasal roller coasters yang ade kat Busch Garden nih. Ride yang paling menarik dan menjadi tumpuan orang seluruh Amerika di Busch Garden adalah Alpengeist. Alpengeist merupakan roller coaster generasi baru yang lebih flexible dengan keupayaan untuk berpusing 360° di atas rail dan juga pada sekeliling rail tuh (macam bumi mengorbit matahari tapi dalam masa yang sama bumi berpusing pada paksinya). Keupayaan ini dapat dicapai kerana rekaan terbaru roller coaster ini yang sangat unik. Ia TERGANTUNG! Sepanjang perjalanan menaiki Alpengeist, kaki anda akan terdedah. Ini bermakna selain anda lihat ke depan, anda juga boleh lihat ke bawah. Rekaan terbaru yang tergantung ini dikenali sebagai inverted roller coaster dan Alpengeist merupakan inverted roller coaster yang paling laju, paling tinggi dan paling flexible di dunia. First time aku tengok track die pun aku pelik. Memang sangat-sangat flexible sehingga track tu boleh dipulas macam kite pulas masa perah kain. Tak perlu cakap banyak... lihat saja gambar dan video nih:

{AMARAN: this video has some tuuut words :p}

Alpengeist got twisted sambil kaki kitorang tengah tergantung.. huhuhu.. best giler!!!


Alpengeist tergantung di bahagian track yang terkenal dengan panggilan "the cobra head" Kelihatan kaki2 kitorang tengah tergantung ke atas

Banyak lagi rides yang menarik. Walaupun Busch garden hanya ade 4 roller coasters, tapi kesemuanya sangat istimewa dan unik. Setiap satu dilambangkan dengan simbol masing2. Memetik kata sape tah: "The Busch parks always come up with creative and orignial names like: Alpengiest, Montu, Apollo's Chariot, Kraken, Kumba, Gwazi, Loch Ness Monster, and Steel Eel. I especially like how the names of their coasters usually mean something, such as Kumba meaning "roar". Selalu aku nampak kat kedai2 giftshop di Busch gardens tertulis "Fear the Four", yang bermaksud fear the 4 coasters, Alpengeist, Apollo's Charriot, Lochness Monsters dan the Big Bad Wolf. Aku susun 4 coasters nih ikut rating aku.

Cuba korang usha map Busch Garden nih. Banyak tempat yang kami nak explore. 3 hari baru kami dapat habiskan semua rides. Itupun ade sudut2 taman ini yang tidak sempat dijejak oleh kaki kami. Keunikan taman ini semestinya terletak pada tema negara2 eropahnya. Tak lupe juga nama-nama rides yang sememangnya unik. Kalau ada kesempatan memang aku nak naik sumer rides tuh 3-4 kali. Malangnya, masa kami di sini sangat terhad. Seminggu masih belum cukup untuk kami menjejakkan kaki ke setiap penjuru Williamsburg. Okeh.. cukuplah citer kami di Busch Garden. Kite pergi Water Country plak...

********************************************************************************


Yeng, Awie dan Shakir berangan nak jadik surfer

Ish... Ape abang-abang macho nih buat kali nih. Surfing ke? Haha.. Water Country mane la ade surfing. Lainlah kalau Virginia beach. Derang nih bergaya jer lebih. Lagi2 abang yang belah kanan skali tuh. Pergh.. jambu tuh :p So, sampailah juga kami di Water Country USA yang bertempat tidak beberapa jauh dari Busch Gardens. Sayang sekali tidak banyak gambar yang sempat kami abadikan sebab masing2 nak main air dan tak sanggup nak duduk di tepi untuk tangkap gambar tanpa merasa keseronokan mandi-manda dalam musim panas nih.

Water Country USA seperti Sunway Lagoon di Malaysia. Tak banyak beza melainkan orang di sini lebih 'berani' berbanding orang2 kita. Apa tidaknya, makcik2 pun berani pakai bikini. Bila aku tengok satu famili sedang bermain air, tak dapat aku bayangkan kalau orang2 terdekat dengan kita pakai pakaian sebegitu. Hish.. jauh sekali. Budayalah yang membezakan tahap penerimaan kita terhadap apa yang kita lihat. Tak lupe agama kita. Kalau dah hidup di sini. Kenalah biasakan diri dengan budaya di sini. Tapi jangan sampai kita lupa asal usul dan terus meninggalkan budaya kita yang ada keunikan yang tersendiri.

Kami hanya meluangkan 1 hari sahaja di Water Country. Tak banyak yang menarik di sini dan agak leceh untuk naik setiap ride sebab kami perlu beratur panjang. Secara purata, sejam dihabiskan untuk beratur menaiki satu ride. Bukanlah bermakna Water Country tidak besar dan tidak mempunyai rides yang menarik, cuma kami tak sanggup menghabiskan masa begitu saja. Apa lagi.. rides pun semuanya hampir sama. Memang dalam jangkaan, tak banyak rides yang bertemakan air boleh direkabentuk. Semuanya berasaskan gelung2 besar dan pelampung semata-mata. Apa yang aku nampak, aset utama taman ini adalah kerana ia bertemakan air. Ramai orang di sini nak main air dalam musim panas. Tak kiralah di pantai atau di Water Country. Selain tuh, ade juga beberapa rides yang special macam Aquazoid, Nitro Racer dan Big Daddy Falls. Konsep hiasan taman tema ni juga menarik. Selalu aku perhatikan bentuk landscape taman tema di sini termasuk Busch Gardens. Memang dihias dan direkabentuk dengan menarik sekali terutama Bush Gardens, konsep taman tema dalam hutan...

DARI KIRI: Anjit, Shakir, Yeng (kat belakang AIM, dan Awie kelihatan puas

Eh... takkan lelaki jer sumer? Mane awek2 cun yang ikut korang?? Hoho.. gambar mereka tak dapat aku letakkan di sini kerana terlalu bahaya. Hehe.. Actually, kitorang pun takde gambar derang. Memang dah diputuskan yang kami tak boleh pegi dan mandi-manda bersama. Tu lah yang aku cakap, budaya, agama kita kene jaga. Janganlah jadik macam orang yang takde otak, masuk kandang kambing mengembek. Kita dikurniakan akal dan fikiran, berfikirlah yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua. So, semasa kami di Water Country, yang perempuan akan ke Busch Gardens dan begitulah sebaliknya dalam masa 2 hari ini. Bagus derang nih. Jangan risau lah pak pak, mak mak kat Malaysia tuh. Tahulah derang nih jaga diri :p

Thumbs up!

********************************************************************************

Sejak sampai di sini, tak pernah lagi kami keluar jalan-jalan di waktu malam. Mungkin sebab terlalu penat dengan macam2 jenis rides di sebelah siang nya. So, malam nih, kami buat keputusan untuk keluar malam plak. Actually aku nak sangat pergi Colonial Williamsburg, nak tengok sendiri macam mana orang zaman colonial hidup dulu. Bandar Colonial Williamsburg tuh memang dikekalkan dengan rekabentuk dan suasana aslinya. Malangnya, masa tidak menyebelahi kami, dan kami hanya sekadar mampu untuk bermain Mini Golf!

Dengan 18 holes yang perlu dihabiskan, kami mencapai bola dan kayu golf dan bersedia untuk menunjukkan kehandalan masing2. 9 orang bertanding mengikut giliran dan diadili oleh si Dayang yang memilih untuk tidak turut serta. Aku bermula dengan baik. Bagaikan ahli kerprat, aku memukul bola degan tenang sekali. Namun, usaha aku belum cukup dan aku cuma mampu untuk duduk di tangga kelima di belakang Awie, Ranjit, dD dan Shakir. Awie ngan dD tuh sepatutnya disqualified sebab derang amek kelas golf masa summer semester arik tuh :p. Walau camne pun.. Mini Golf nih memang menarik. Sepanjang permainan kami tak lengang dengan sorakan dan gelak ketawa.

Main golf malam-malam

Lepas puas main, masing2 kelaparan. Malam dah larut dan kat US nih agak susah nak carik kedai yang bukak selepas pukul 9 malam. Awal sungguh orang kat sini tidor. Dinner pun pukul 5 petang. Nasib kami baik sebab tidak jauh dari Mini Golf tuh ade kedai Pizza 24 jam. Maka duduk lah kami bersila ramai2 kat atas parking lot tuh menjamu selera. Pukul 12 malam.. kami selamat sampai di Rodeway Inn.

KIRI: Aim dan Dayang tak sabar nak makan pizza macam kat kampung dulu2. KANAN: Oja ngan Mahira

Kat kedai makan di Rodeway Inn. Abe ngan Awie tengah berbincang pasal CRABS yang dari tadi tak sampai2 setelah lebih sejam order

********************************************************************************


{Jumaat, 22 Ogos}

Tanpa disedari, hari ni kami akan bertolak pulang ke State College. 6 hari berlalu bergitu pantas. Diri nih memang tak nak balik lagi. Tapi, kehidupan sebagai seorang pelajar perlu diteruskan. Fall semester bakal bermula 2 minggu lagi.

Bila bas nak sampai nih..

Awal kami bangun hari nih. Bas akan bertolak dari Williamsburg ke Richmond pukul 8 pagi. Oh yer, sepanjang pengembaraan kami di Williamsburg, kami kerap naik teksi yang sama. Aku dah tak ingat nama akak tuh. Memang baik dan peramah. Die dan suami die lah yang tak jemu2 dengan permintaan kami nak ke sana ke sini sepanjang berada di Williamsburg nih. Sekali lagi kami memintak pertolongan mereka untuk hantarkan kami ke stesen bas. Di stesen bas, masing2 kelihatan penat. Aku sendiri tak sabar nak sampai ke State College dan berbaring dalam rumah baru aku di Park Hill apartment. Petang hari yang sama, kami selamat sampai di State College...

********************************************************************************

Ni bukan rama2 kat website aku tuh. Nih rama2 betul dari Busch Gardens yang tertarik dengan lutut Yeng

Banyak pengalaman yang kami kongsikan bersama kali nih. Personally, Williamsburg meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan. Aku rasa bershukur sangat dengan ikatan persahabatan yang erat, kami mampu untuk survive sepanjang percutian dan secara umumnya sepanjang berada di United States. Masing2 sudi menghulurkan bantuan dan masing2 sudi berkongsi perasaan, suka dan duka. Alhamdulillah, aku bershukur kerana memiliki rakan2 yang penyayang di samping aku nih.

Akhir kalam... terima kasih sumer.

Posted by Ahmad Fadzli on August 17, 2003 at 4:03:00 PM | Permalink