[Post ini ditujukan khas buat rakan2 terbaik aku di PennState.
Awie, dD, Shakir, Mahira, Yeng, Oja, Aim, Dayang dan Anjit....
Pengalaman manis bersama korang takkan aku lupakan.
Terimas sebab sudi berada di samping aku.]
Williamsburg, VA
Hari ini kami bebas daripada kesibukan buku-buku dan exams dalam musim summer. 3 bulan berlalu begitu sekejap dan personally, banyak yang aku pelajari dalam 3 bulan ini. Dari kelas melukis, menulis nota musik, kehidupan membujang di The Legend dan bermacam-macam lagi pengalaman pahit dan manis, akhirnya tiba hari yang ditunggu-tunggu. Petang ini bas akan bertolak dari State College membawa kami ke negeri Virginia. Perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 15 jam. Kami akan banyak bertukar bas, sebab itu jarak perjalanan yang sepatutnya hanya 9 jam mengambil masa 15 jam. Walau bagaimanapun, dalam diri masing-masing tidak sabar hendak bertolak memulakan perjalanan, meninggalkan bandar State College yang mula lengang setelah kelas musim summer tamat hari Jumaat lepas.
Pukul 4:30 petang. Kami bertolak dari State College menuju ke perhentian pertama, Harrisburg, ibu negeri Pennsylvania. Kemudian kami akan bertukar bas dan pergi ke Washington D.C. Dari sini, kami akan bertukar bas lagi untuk ke Richmond, ibu negeri Virginia. Di sini kami terpaksa menunggu selama lebih 6 jam untuk naik bas yang seterusnya akan ke destinasi terakhir kami, bandar Williamsburg. Dalam perjalanan yang cukup panjang ini, banyaklah kedengaran keluhan2, letih, penat, sampai ade yang mengeluh nak beli keta. Apa tidaknya, kalau di Malaysia, 15 jam naik bas sudah cukup untuk membawa kita dari Johor ke Perlis. Tapi tidak di Amerika nih, 15 jam hanyalah perjalanan yang pendek relatif kepada luasnya negara nih. Pelik, sepanjang aku naik bas di sini, tak pernah aku terlelap dengan lena. Selama 15 jam perjalanan, aku hanya dapat tidur 2 jam. Itupun dalam bas yang terakhir ke Williamsburg.
********************************************************************************
Pukul 8 pagi kami sampai di stesen bas Williamsburg. Aku terjaga sebaik sahaja bas tuh berhenti. Aku lihat ke sekeliling. Cantik. Hijau sungguh. Kawasan sekeliling stesen bas tuh memang dihias cantik-cantik sebagai sebuah tempat pelancongan. Kelihatan beberapa orang petugas yang kelihatan ramah melayan pelancong2 lain. Musim summer memang musim pelancongan kerana ketika inilah banyak sekolah2 sedang cuti. Setelah siap memunggah barang keluar dari bas, kami terus naik bas pelancong untuk ke tempat penginapan yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Masing-masing kepenatan dan perlukan rehat yang secukupnya. Tempat tuh dipanggil Rodeway Inn, motel paling berpatutan yang kami mampu bayar sebagai pelajar dan pelancong luar negara. Pukul 10 pagi, kami selamat sampai dan terus masuk ke bilik yang telah ditempah. Dah dapat katil, ape lagik, terbungkang la kami tak sedar2....
Aku terbangun petang tuh, badan masih terasa penat. Memang dalam perancangan kami, yang hari nih diperuntukkan untuk berehat. Esok baru kami akan memulakan pengembaraan menjelajah Williamsburg selama 6 hari.
Hmm... Aku rase, sebelum aku teruskan, baik aku citer sikit tentang bandar Williamsburg. Apa yang menarik sangat di sini? Kenapa tak pergi Disney jer? Jawapan pertama dari aku... dekat, dan murah :p
Bandar Williamsburg atau lebih dikenali sebagai Colonial Williamsburg merupakan bandar bersejarah. Kalau sape kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S mesti penah dengar bapak si Ross ajak die pegi Colonial Williamsburg. Tak penah dengar? Tak penah tengok kat citer tuh??! (Sah aku kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S. hahaha.. ) Okeh, kembali kepada citer. Aku taknak citer pasal sejarah kat sini. Aku nak citer kenapa kami pilih untuk ke sini. Kalau nak tau sejarah bandar ni, boleh pegi sini. Sekadar menyebut, George Washington dan Thomas Jefferson berasal dari Williamsburg.
..................
Err.. malas plak nak citer pasal attractions nih. Aku nak tido.. penat.. (ye ye jer aku tgh tulis nih mase kat sana.. hahaha...) Ape2 pun nih 3 tempat yang menjadi destinasi utama kami:
Busch Garden
Water Country USA
Colonial Williamsburg
Lebih baik korang click links kat atas tuh sebelum teruskan membaca. Takyah aku explain dah lepas nih :p
********************************************************************************
Ehh.. Nak ke mana ni abang2? Dari tadi tengok map, bas nye tak jugak sampai2? hehe.. Begitulah betapa tak warasnya kami menunggu bas selama sejam lebih pada hari Ahad yang terang2 dalam brochures ade tulis... BAS CUTI HARI AHAD. Tapi.. mungkin kerana terlalu excited, kami tak perasan. Ok, no problem. kitorang cool jer. Biasela silap sikit (HamPeh!!!). Kembali kepada citer... Agenda pertama kami di sini, tidak lain dan tidak bukan... Shopping!! Hhehe.. Tak tau lah camne kami boleh nak pi shopping pulak. Padahal banyak lagi tempat2 menarik yang lebih wajar untuk kami habiskan duit. Actually, untuk masuk ke tempat2 menarik tuh, kene ade tiket. Dan tiket kami hanya untuk 4 hari. So, ade lagi 2 hari lebih dan kami setuju untuk gunakan 2 hari tuh untuk jalan2 sekeliling bandar bersejarah nih. So, kami pun bershopping lah sepanjang hari nih. Lepas shopping, kami naik teksi yang sama untuk pergi ke Peking Restaurant, restoran bufet yang menyajikan makanan chinese dengan bayaran $9.90 sekali masuk. Memang sangat-sangat berbaloi dan memang ramai pun orang dalam restoran nih. Macam2 jenis makanan ade dan banyak. Sepinggan di restoran ini sama dengan sedulang di Malaysia...
Barang-barang yang selalu menjadi perhatian kami adalah apparels. Lagi-lagi yang berjenama dan berharga mahal di Malaysia macam Guess, Nike, dan lain-lain. Kalau di Malaysia jeans Guess yang mencecah harga RM200, kami boleh dapat dengan harga USD20 di sini. Kalau convert pun still murah. Tapi, sejak sampai di sini, memang kami tak pernah terfikir untuk convert-kan mata wang tuh, sebab kami dapat duit pun dalam USD. Lainlah kalau kami dapat dalam RM, terpikir juger nak convert. Puas kami bershopping hari nih (aku bukan shopping.. aku sapu-ing.. :p). Malam ni, kami berehat lagi dan tidur awal, sebab esok kami akan mulakan pengembaraan kami yang sebenar di Williamsburg, bermula dengan Busch Garden!!
********************************************************************************
{Hari Isnin, 18 Ogos}
Kami bangun agak lewat hari nih. Setelah bersiap-siap kami pun bertolak ke Busch Garden menaiki bas yang disediakan untuk kemudahan pelancong dengan bayaran $1 sehari. Busch Garden merupakan tempat yang paling menarik di sini. Dengan bertemakan bandar-bandar Eropah, taman tema ini memang dihias dengan begitu cantik dan tersusun sekali. Dalam taman tema ini diwujudkan beberapa buah negara dan dalam kawasan setiap negara itu, persekitaran, makanan, pakaian, kedai-kedai akan menjual barang2 yang melambangkan sesebuah negara tersebut. Bermulalah pengembaraan kami menjelajah taman tema ini... Tak gune cakap banyak. Pictures tell more than words. Just hover your cursor over each image for the captions, IE only. Enjoy the pics...
********************************************************************************
Ni ade aku letak sikit video. Kebiasaannya, video nih berjalan lancar lepas butang play ditekan. Kalau ade masalah, cube refresh and maybe ade popup yang kuar suruh install something from Microsoft. You can believe microsoft if you're using Windows so go ahead and download that software in order to see the video. Mungkin kene tunggu sekejap lepas tekan play tuh sebab video tuh akan didownload ke temporary folder dulu... Kalau ade masalah juga, sila interefreme di bawah post nih.
{AMARAN: this video has a happy ending :p}
Posted by Ahmad Fadzli on August 17, 2003 at 4:03:00 PM | Permalink