Fitrah III

Assalamualaikum...

Fitrah III

Banyak bende yang aku fikirkan sejak semalam. Perkara utama yang bermain di fikiran aku, apakah peranan aku? Bukan peranan sebagai pelajar mahupun peranan sebagai seorang hambaNya, tapi peranan sebagai seorang rakan, seorang sahabat. Sudah cukupkah peranan aku? Aku kerap berfikir tentang ukhuwwah (persahabatan dalam konsep Islam), ukhuwwah lah juga satu2nya hubungan yang erat dan tak dapat diputuskan kerana dua orang sahabat berkasih sayang kerana Allah SWT. Aku sedar, aku sudah kekurangan nilai2 ukhuwwah, dan secara jelasnye, hubungan ukhuwwah yang berkurangan itu merupakan kelemahan aku yang lupe tentang dasar persahabatan dalam Islam... Walaupun pada kita, hubungan sosial yang 'biasa' nampak sudah cukup erat dan tiada cacat cela, namun.. tanpa kite sedari, ade yang terguris. Jangan disimpan kaca di dalam hati... kelak luka lama kan berdarah kembali. Konsep Islam mudah, konsep berterus terang, bertolak-ansur dan saling memaafkan.. itulah konsep persahabatan dalam Islam. Dan tanpa kite sedari, kite sedang merencanakan suatu nilai persahabatan yang sebenarnye dah lame digariskan dalam Islam.

Aku bercakap tentang aku sendiri. Tentang kelemahan dan kekurangan aku. Selama ini, aku sudah buat yang terbaik untuk menyelamatkan sesebuah persahabatan. Tapi aku sendiri juga yang akhirnya akan memutuskan tali persahabatan. Sesungguhnya perasaan tu sangat perit. Secara ikhlas, aku bukan lah jenis orang yang menyimpan... Jenis aku.. aku akan lupakan saja, tapi mengambil masa untuk melupakan.. Aku tak simpan... Tapi kalau orang lain cube mengembalikan bende2 yang aku sendiri dah lupekan, masakan aku tak mengamuk... Apalah harga sebuah nyawa kalau kite tidak mengHARGAInya???

Aku cukup terasa hati. Tanggungjawab aku berat, tanggungjawab terhadap keluarga dan adik2 aku. Aku anak sulong dan aku menjadi tempat menaruh harapan keluarga aku. Tanggungjawab2 nih inshaAllah.. aku utamakan.. Tapi bile dah masuk hal tanggungjawab terhadap rakan.. aku penat... lagi2 bile aku seorang jer yang dipertanggungjawabkan. Aku mungkin pernah menyelamatkan nyawa, tapi aku tak mungkin selamatkan nyawa aku sendiri. Daripada aku asalnye tak bersalah.. Terus aku rasa bersalah sangat. Kemana hilangnye sifat menghargai kehadiran seorang rakan yang sentiasa di sisi mendengar korang mengadu, dan mungkin juge di kala korang nyawa2 ikan? Seriously, aku tak pernah berkire, aku tak kesah kalao aku jadi tempat persinggahan di kala korang memerlukan aku jer, tapi please... jangan salahkan aku... dan jangan ingat sendiri betul. Senang cakap.. cubelah saling memahami... Jangan harap satu pihak aje yang nak memahami. Kite sendiri kene tolerate..

Kalau kite tak dapat nak berjumpa.. Pasti ade care lain kite boleh bersama. Itu usaha sendirilah. Contoh paling mudah... bile korang melawat website aku. Itupun dah cukup. Sekurang-kurangnye aku boleh bagitau kewujudan aku, and aku tau korang masih hidup. Kalau internet sudah menjadi keperluan, kenapa tak gunakannya sebagai satu keperluan untuk mengeratkan persahabatan??? Aku ucap hepi besday kat sesape dalam website nih pun.. mungkin orang tuh tak tau... Ape yang aku nak tekankan di sini... Aku dah buat ape yang boleh aku buat untuk menghargai sebuah nilai persahabatan.

Tak perlu lah korang nak mengiktiraf kewujudan aku, cukuplah kalau korang tau menghargai sebuah nilai persahabatan...

Posted by Ahmad Fadzli on August 12, 2003 at 6:37:00 AM | Permalink