Fitrah II

Assalamualaikum WBT.

Fitrah II

Dah agak lama aku tinggalkan ruangan ni. Sebuah ruangan yang mungkin sebenarnye menjadi teman di kala aku kesunyian. Ruangan ni bukanlah ruangan untuk aku menonjolkan kehidupanku, tetapi lebih kepada sebuah ruangan yang menjadi rujukan aku dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk masa2 mendatang.

Aku agak sibuk dalam minggu ni. Esok Jumaat 8 Ogos merupakan hari terakhir untuk kelas2 musim Summer di PennState dan mungkin juge kelas terakhir untuk universiti2 lain di Amerika Syarikat nih memandangkan username MSN Messenger masing2 meminta agar kawan2 mendoakan kejayaan untuk Final. yep.. Final... Esok aku akan menempuh Final untuk satu-satunya kelas aku untuk sesi kedua musim Summer tahun nih, Chem 12. Dalam kesempatan ini, aku harap korang sumer dapat mendoakan kejayaan aku...

Semalam aku tertidur agak awal. Tak tau mengapa, tapi mata aku terasa cukup berat. Sukar nak teruskan membaca buku teks Chemistry of Life, apatah lagi nak memberi konsentrasi. Lebih baik aku tidur, dengan harapan esok aku bangun awal dan dapat tenaga yang baru. Pukul 10 malam selepas makan malam, aku dah terlelap. Di luar bangunan The Legend, kedengaran sayup2 suara mamat2 saleh tgh berparti siang dan malam.

Secara nature, aku suke dengar orang bercerite. Aku suke dengar orang yang bercakap dan bercerite tentang sesuatu. Lagi2 kalau cara bercerite tuh menampakkan kedewasaan. Aku dah dibiasakan dengan mendengar pak-pak sedara aku bercerite bila pulang ke kampung di Kampar. Topik memang luas. Dari perihal kampung (imam masjid tak sesuai) sampailah ke hal ehwal negara. Kadang2 menyentuh hal2 misteri dan hal-hal agama. Secara serius, percakapan mereka memang membuatkan aku terpikir panjang tentang perkara yang dibicarakan. Tak perlu lah aku bersama-sama mereka bercerite. Secara nature, aku lebih suke duduk di tepi dan dengar orang bercerite. Namun begitu dalam kepala nih terbayang masa depan, suatu hari nanti aku pula yang bercerite. Mungkin kerana affinity aku terhadap mendengar orang bercerite nih kuat, aku terbangun bile terdengar suara Awie. Yep.. Awie sedang bercerite, cerite tentang 'kesengsaraan' hidup semasa di Pusat Persediaan Shah Alam. Mungkin tak ramai yang tau, semasa di pusat persediaan dulu, aku pernah kehilangan handset dan dompet. Lebih tepat lagi, dirompak. Mase tuh aku dan Awie tidur nyenyak waktu pagi, perkara biasa yang kami lakukan selepas sahur dan subuh dalam bulan ramadhan. Shakir dan Aim takde kat rumah, tak ingat plak ke mana derang pergi mase tuh. Tapi kalau nak dibandingkan, Awie sebenarnye lagi bengang sebab sebelum tuh motor die pernah dicuri di tempat yang sama. Yep.. Awie sedang bercerite dan aku terbangun walaupun masih awal. Jam baru menunjukkan pukul 3:30 pagi. Awie sedang bercerite tentang perkara yang menarik, dan masakan aku nak melepaskannye! Begitulah bagaimana aku dapat bangun pagi nih, berada di depan Tocibai dan menulis dalam ruangan ini. Shukur juge aku bangun awal, sekurang-kurangnye, dapat lah aku study... Paling penting tak miss waktu Subuh.

Esok pasti sibuk, lepas sahaja Final, kitorang perlu berkemas-kemas sebab keesokannye merupakan hari terakhir kitorang di The Legend. Dan aku, hari nih aku kene pastikan sama ada pemilik rumah baru aku tuh membenarkan aku dan syah masuk awal. Bolehla kami angkut barang2 terus dari The Legend. Tak sangka cepat benar Summer berlalu...

wassalam... doakan aku...

p/s: 3 Ogos yang lepas Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan. Hasil gabungan Parti Keadilan SeMalaysia dan Parti Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Wan Azizah dan Syed Husin Ali. Mungkin penggabungan nih akan membawa hala tuju yang baru untuk kedua-dua belah pihak, dan mungkin juge akan mencorakkan politik Malaysia yang lebih memberangsangkan, matang....

Posted by Ahmad Fadzli on August 7, 2003 at 4:07:00 PM | Permalink