Ramadhan

Ramadhan 1424H

Azan Maghrib berkumandang... Salam Al-Mubarak. Dengan ini, Abe, penyimpan mohor2 Diraja ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai sekalian walau di mana anda berada sekalipun... Selamat beribadah!

Teringat bila waktu berbuka dengan keluarga. Bersama-sama menjamah selera di atas meja dengan pelbagai jenis kuih dan makanan. Selesai makan, terus ke surau atau masjid Setiawangsa untuk solat tarawikh berjemaah. Kalau larat buat 20. Kalau malas.. buat lapan. ternyata walaupun syaitan ar-rajim diikat dalam bulan al-kareem nih, jiwa kita masih belum suci. Masih ragu2 untuk menyempurnakan amalan di bulan Ramadhan. Alangkah rendahnya martabat diri ini di hadapanMu. Kudambakan cahaya nurMu. Semoga Ramadhan sebagai bulan latihan dan bulan penyembuh menjadi kenyataan buat diriku. Ameen...

Kali pertama berpuasa di tempat orang. Awal sungguh waktu berbuka puasa. Pukul 2:30 petang sudah masuk waktu Asar. Berbuka, Maghrib pukul 5:30 petang. Islamic Center di State College nih buat iftar setiap hari. Lepas habis kelas, boleh la aku terus ke masjid, berbuka.

Kenapa dikatakan Ramadhan sebagai Bulan Latihan?
Ternyata kita sebagai insan bukan sentiasa kuat imannya. Ada masa iman kita berada di tahap paling bawah. Iman kita juga umpama roda yang berpusing, kengkadang di atas, kengkadang di bawah. Amalan kita bukanlah graf dengan kecerunan positif di R. Graf amalan kita juga ada naik dan turunnya.

Sepanjang tahun kita akan naik dan turun. Adakalanya, kita terus merudum. nauzubillah. Maka, bulan Ramadhan dijadikan sebagai bulan untuk kita CHARGE iman kita yang mungkin berkarat kerana kurangnya amalan di sepanjang tahun. Bukankah Iman dan Amal itu saling bergantungan?

Oleh itu, pada Shaumul Ramadhan kali ini, kita harap kita akan dapat beroleh keberkatan dan keredhaanNya. Maka, banyakkanlah amalan kita. Khatamkan Al-Quran, sempurnakan puasa di siang hari dan beribadahlah di sebelah malamnya.

Semoga kita beroleh keberkatan Bulan Ramadhan... amiin..

Tak lupe untuk Kak Ni. HEPI BESDAY!!!.. (ijah.. acik.. tolong sampaikan wish along nih..)

Posted by Ahmad Fadzli on October 27, 2003 at 6:21:00 AM | Permalink