the colorful leaves

angin dan daun

Sekarang adalah waktu yang paling cantik dalam musim luruh di mana daun2 mula bertukar warna sehinggakan sesetengah pokok kelihatan berwarna-warni dari merah, kuning, hijau muda, hijau tua dan macam2 lagik. Daun2 yang sentiasa jauh berguguran menambahkan seri kawasan di State College nih. Mata aku tak jemu2 memandang setiap pokok setiap hari semasa berjalan di sekitar kampus. Memang satu scenery yang cantik. Susah aku nak cakap walaupun melalui gambar. Cuaca yang tak seberapa sejuk, udara yang segar, daun2 yang jatuh,.. susah.. susah nak cerita ape yang aku rasa dan lihat di sini.

kira berapa warna

Hari nih angin bertiup kencang dari pagi sampailah ke petang. Sepanjang masa, tade pun masa yang angin tuh berenti sekejap dari bertiup kencang. Daun2 berguguran dengan banyak sekalik sehingga kebanyakan pokok2 jadik togel tak berdaun. Hati aku tetibe jadik sayu belihat pokok2 yang sebelumnya ceria dengan bermacam2 warna, kehilangan serinya. Tetiba aku marahkan angin yang bertiup terlalu kencang. Aku semacam belum puas menatap lukisan alam ini. Aku belum puas melihat pandangan yang tertera di kaca mata aku nih. Mungkin sebab tuh, aku marahkan angin.

kabus waktu pagi di State College yang kadang2 tak hilang2 walaupun matahari dah naik tinggi

Sebenarnya, bila daun sudah jatuh hampir kesemuanya menandakan yang musim salji sudah hampir. Alam sedang bersedia untuk menerima turunnya salji. Dan ternyata pokok2 yang tidak berdaun kembali ceria dalam musim ini. Memang lumrah alam, setiap kejadian ada hikmahnya dan setiap yang terjadik itu memang dalam perancangan Yang Maha Esa.

Aku kagum....


Posted by Ahmad Fadzli on October 16, 2003 at 11:15:00 AM | Permalink