Angah, Acik, Kamil dan IjahMenerima Kurangnya Diri
edisi fitrah?

Pernah tak kite terfikir yang kita tak dapat apa yang patut kita dapat? Soalan ni luas. Mungkin kita pernah rasa, kita patut dapat 'balasan' yang setimpal, atau mungkin juga kita 'deserved' untuk peroleh sesuatu. Terserah kepada otak masing2. Lain otak lainlah congakannya. Objek yang menjadi sasaran juga meluas. Dari sesuatu yang boleh dipegang sehinggalah kepada sesuatu yang begitu abstrak seperti cinta.

Akibat dari perasaan tidak puas hati ini, macam2 perasaan lain yang boleh timbul. Anda mungkin berdendam. Mungkin juga mengalami depression dan mungkin juga anda kehilangan keyakinan untuk hidup. Apa2 pun semuanya bergantung kepada bagaimana kita menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri dengan seadanya.
Dalam nasyid In-Team kan ada satu lagu nih:

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri...


Dalam lagu ini, perbuatan dia mengaku kekurangan diri dengan ikhlas memberi satu kelebihan kerana selepas itu dia mampu membaiki kekurangan2 tersebut. Persoalan timbul, mampukah kita beralah sepanjang masa? Mampukah kita dengan jujur menerima kekurangan diri? Mampukah kita dengan jujur menjerit di khalayak ramai yang kita ini lemah?

Aku tak tau apa yang mungkin boleh kita buat untuk menerima kekurangan diri. Sering aku mengambil masa yang agak lama, termenung sendirian memikirkan hikmah di sebalik kekurangan diri ini. Aku cube menyelam jauh dalam diri, cuba mencari kalau2 aku ade kelebihan yang tersendiri. Apatah lagi bile teringatkan makna di sebalik nama aku... "kelebihanku"...

Selalunya aku ended up dengan baik dan dapat menerima dengan seadanya, mungkin berkat kesabaran dan berfikiran secara matang. Dalam menulis ini pun aku cuba jadi sematang yang mungkin. Cuma, aku bimbang kelak perasaan ini explode menjadi perasaan2 yang aku nyatakan di atas tadi. Aku mungkin mengalami depression. Mungkin juga aku akan bertukar menjadi orang yang berdendam. Masalah ini merupakan masalah psiklogi yang berat tapi sukar untuk dikenalpasti. Menyendiri mungkin merupakan salah satu tanda seseorang itu mengalami masalah ini. Apatah lagi kalau seseorang itu menjadi bahan jenaka siang dan malam.

Bila masalah ini datang menghantui aku, aku rasa Islam adalah jalan yang terbaik untuk membantu aku mengenali diri sendiri, menyedarkan kembali tentang tujuan aku diciptakan. Sedarkan balik apa tujuan aku di sini, di bumi tempat aku berpijak. Aku beroleh ketenangan semasa sujud terakhir dan itulah ubat aku yang terbaik buat masa ini....

Abaikan saja. Berat sungguh ujian satu ramadhan ini....
"And when the rain beats against my window pane"

Posted by Ahmad Fadzli on October 27, 2003 at 10:33:00 PM | Permalink