salam merdeka,
Hari nih Hari Kebangsaan.. Hari Kemerdekaan. Jauh dari tanah air... hati kecil menjerit melaungkan kalimah keramat:
"Merdeka!.. Merdeka!.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Setiap kali tibe hari merdeka, hati kecil berkata: "merdekakah kita?"
Setiap kali hari merdeka, hati kecil berbicara: "Merdekakah mereka?!"
Merdeka bukan di Starhill.. Merdeka bukan di Dataran Merdeka.. Merdeka tersemat jauh dalam hati yang sentiasa bertanya "Merdekakah Aku?"...
salam..
Posted by Ahmad Fadzli on August 31, 2003 at 1:57:00 PM | Permalink
salam..
Sekembali dari Busch Garden arik tuh... takde ape sangat yang aku buat. Bebudak nih tumpang umah aku ngan Syah sampai hari nih, hari di mana derang sumer dah boleh pindah masuk dorm. Aku tido lambat semalam... bangun pun ape lagi.. hampir2 terlepas Zohor. Aku nak mintak maap kat pennstaters sebab aku tak tolong korang angkat2 barang tadik. Itu kesilapan dan kelemahan aku. Sorry guys.. Sometimes i just hate to be myself. Selambe sangat!!
Aku still takde mood nak menulis. Maybe because masih ade bende yang tak setel. Ape die yang tak setel2 tuh? well... Soal perasaan, susah nak cakap. Tak tau bile boleh kembali seperti sediakala. Biarlah... Ape2pun masa tetap berjalan, kehidupan perlu diteruskan.
Oh yer.. sebelum mengkahiri, aku nak ucapkan selamat kembali kepada sumer skalik kat United States.. Selamat kembali belajar... cheers young spirits and gud luck!
bai..
Posted by Ahmad Fadzli on August 29, 2003 at 12:50:00 PM | Permalink
salam...
Baru sampai kat State College setelah bercuti sakan... Tak sabar nak buat laporan.. badan penat... otak pon penat. Banyak pk bende mengarut (at least that is what 'they' said... for me, it is my life... :D) Nanti aku tulis panjang2...
chaloh...
Posted by Ahmad Fadzli on August 23, 2003 at 1:37:00 PM | Permalink
Williamsburg, VA
[Post ini ditujukan khas buat rakan2 terbaik aku di PennState.
Awie, dD, Shakir, Mahira, Yeng, Oja, Aim, Dayang dan Anjit....
Pengalaman manis bersama korang takkan aku lupakan.
Terimas sebab sudi berada di samping aku.]
Williamsburg, VA
Hari ini kami bebas daripada kesibukan buku-buku dan exams dalam musim summer. 3 bulan berlalu begitu sekejap dan personally, banyak yang aku pelajari dalam 3 bulan ini. Dari kelas melukis, menulis nota musik, kehidupan membujang di The Legend dan bermacam-macam lagi pengalaman pahit dan manis, akhirnya tiba hari yang ditunggu-tunggu. Petang ini bas akan bertolak dari State College membawa kami ke negeri Virginia. Perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 15 jam. Kami akan banyak bertukar bas, sebab itu jarak perjalanan yang sepatutnya hanya 9 jam mengambil masa 15 jam. Walau bagaimanapun, dalam diri masing-masing tidak sabar hendak bertolak memulakan perjalanan, meninggalkan bandar State College yang mula lengang setelah kelas musim summer tamat hari Jumaat lepas.
Pukul 4:30 petang. Kami bertolak dari State College menuju ke perhentian pertama, Harrisburg, ibu negeri Pennsylvania. Kemudian kami akan bertukar bas dan pergi ke Washington D.C. Dari sini, kami akan bertukar bas lagi untuk ke Richmond, ibu negeri Virginia. Di sini kami terpaksa menunggu selama lebih 6 jam untuk naik bas yang seterusnya akan ke destinasi terakhir kami, bandar Williamsburg. Dalam perjalanan yang cukup panjang ini, banyaklah kedengaran keluhan2, letih, penat, sampai ade yang mengeluh nak beli keta. Apa tidaknya, kalau di Malaysia, 15 jam naik bas sudah cukup untuk membawa kita dari Johor ke Perlis. Tapi tidak di Amerika nih, 15 jam hanyalah perjalanan yang pendek relatif kepada luasnya negara nih. Pelik, sepanjang aku naik bas di sini, tak pernah aku terlelap dengan lena. Selama 15 jam perjalanan, aku hanya dapat tidur 2 jam. Itupun dalam bas yang terakhir ke Williamsburg.
********************************************************************************
Pukul 8 pagi kami sampai di stesen bas Williamsburg. Aku terjaga sebaik sahaja bas tuh berhenti. Aku lihat ke sekeliling. Cantik. Hijau sungguh. Kawasan sekeliling stesen bas tuh memang dihias cantik-cantik sebagai sebuah tempat pelancongan. Kelihatan beberapa orang petugas yang kelihatan ramah melayan pelancong2 lain. Musim summer memang musim pelancongan kerana ketika inilah banyak sekolah2 sedang cuti. Setelah siap memunggah barang keluar dari bas, kami terus naik bas pelancong untuk ke tempat penginapan yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Masing-masing kepenatan dan perlukan rehat yang secukupnya. Tempat tuh dipanggil Rodeway Inn, motel paling berpatutan yang kami mampu bayar sebagai pelajar dan pelancong luar negara. Pukul 10 pagi, kami selamat sampai dan terus masuk ke bilik yang telah ditempah. Dah dapat katil, ape lagik, terbungkang la kami tak sedar2....
Aku terbangun petang tuh, badan masih terasa penat. Memang dalam perancangan kami, yang hari nih diperuntukkan untuk berehat. Esok baru kami akan memulakan pengembaraan menjelajah Williamsburg selama 6 hari.
Hmm... Aku rase, sebelum aku teruskan, baik aku citer sikit tentang bandar Williamsburg. Apa yang menarik sangat di sini? Kenapa tak pergi Disney jer? Jawapan pertama dari aku... dekat, dan murah :p
Bandar Williamsburg atau lebih dikenali sebagai Colonial Williamsburg merupakan bandar bersejarah. Kalau sape kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S mesti penah dengar bapak si Ross ajak die pegi Colonial Williamsburg. Tak penah dengar? Tak penah tengok kat citer tuh??! (Sah aku kipas-susah-mati F.R.I.E.N.D.S. hahaha.. ) Okeh, kembali kepada citer. Aku taknak citer pasal sejarah kat sini. Aku nak citer kenapa kami pilih untuk ke sini. Kalau nak tau sejarah bandar ni, boleh pegi sini. Sekadar menyebut, George Washington dan Thomas Jefferson berasal dari Williamsburg.
..................
Err.. malas plak nak citer pasal attractions nih. Aku nak tido.. penat.. (ye ye jer aku tgh tulis nih mase kat sana.. hahaha...) Ape2 pun nih 3 tempat yang menjadi destinasi utama kami:
Busch Garden
Water Country USA
Colonial Williamsburg
Lebih baik korang click links kat atas tuh sebelum teruskan membaca. Takyah aku explain dah lepas nih :p
********************************************************************************
Ehh.. Nak ke mana ni abang2? Dari tadi tengok map, bas nye tak jugak sampai2? hehe.. Begitulah betapa tak warasnya kami menunggu bas selama sejam lebih pada hari Ahad yang terang2 dalam brochures ade tulis... BAS CUTI HARI AHAD. Tapi.. mungkin kerana terlalu excited, kami tak perasan. Ok, no problem. kitorang cool jer. Biasela silap sikit (HamPeh!!!). Kembali kepada citer... Agenda pertama kami di sini, tidak lain dan tidak bukan... Shopping!! Hhehe.. Tak tau lah camne kami boleh nak pi shopping pulak. Padahal banyak lagi tempat2 menarik yang lebih wajar untuk kami habiskan duit. Actually, untuk masuk ke tempat2 menarik tuh, kene ade tiket. Dan tiket kami hanya untuk 4 hari. So, ade lagi 2 hari lebih dan kami setuju untuk gunakan 2 hari tuh untuk jalan2 sekeliling bandar bersejarah nih. So, kami pun bershopping lah sepanjang hari nih. Lepas shopping, kami naik teksi yang sama untuk pergi ke Peking Restaurant, restoran bufet yang menyajikan makanan chinese dengan bayaran $9.90 sekali masuk. Memang sangat-sangat berbaloi dan memang ramai pun orang dalam restoran nih. Macam2 jenis makanan ade dan banyak. Sepinggan di restoran ini sama dengan sedulang di Malaysia...
Barang-barang yang selalu menjadi perhatian kami adalah apparels. Lagi-lagi yang berjenama dan berharga mahal di Malaysia macam Guess, Nike, dan lain-lain. Kalau di Malaysia jeans Guess yang mencecah harga RM200, kami boleh dapat dengan harga USD20 di sini. Kalau convert pun still murah. Tapi, sejak sampai di sini, memang kami tak pernah terfikir untuk convert-kan mata wang tuh, sebab kami dapat duit pun dalam USD. Lainlah kalau kami dapat dalam RM, terpikir juger nak convert. Puas kami bershopping hari nih (aku bukan shopping.. aku sapu-ing.. :p). Malam ni, kami berehat lagi dan tidur awal, sebab esok kami akan mulakan pengembaraan kami yang sebenar di Williamsburg, bermula dengan Busch Garden!!
********************************************************************************
{Hari Isnin, 18 Ogos}
Kami bangun agak lewat hari nih. Setelah bersiap-siap kami pun bertolak ke Busch Garden menaiki bas yang disediakan untuk kemudahan pelancong dengan bayaran $1 sehari. Busch Garden merupakan tempat yang paling menarik di sini. Dengan bertemakan bandar-bandar Eropah, taman tema ini memang dihias dengan begitu cantik dan tersusun sekali. Dalam taman tema ini diwujudkan beberapa buah negara dan dalam kawasan setiap negara itu, persekitaran, makanan, pakaian, kedai-kedai akan menjual barang2 yang melambangkan sesebuah negara tersebut. Bermulalah pengembaraan kami menjelajah taman tema ini... Tak gune cakap banyak. Pictures tell more than words. Just hover your cursor over each image for the captions, IE only. Enjoy the pics...
********************************************************************************
Ni ade aku letak sikit video. Kebiasaannya, video nih berjalan lancar lepas butang play ditekan. Kalau ade masalah, cube refresh and maybe ade popup yang kuar suruh install something from Microsoft. You can believe microsoft if you're using Windows so go ahead and download that software in order to see the video. Mungkin kene tunggu sekejap lepas tekan play tuh sebab video tuh akan didownload ke temporary folder dulu... Kalau ade masalah juga, sila interefreme di bawah post nih.
{AMARAN: this video has a happy ending :p}
Posted by Ahmad Fadzli on August 17, 2003 at 4:03:00 PM | Permalink
yo..
Sok gua nak gerak gi Virginia. Hari nih gua masuk umah baru, Park Hill. Gua malas nak tulis... hari nih penat gi amek junior.. and i totally agree with yana, they are PRANKS!!! hahaha... Tapi.. gua nak ucapkan tahniah kat junior MARA, Rafiq because he's willing to help the others and has a really kind heart to buy us some pizzas... and that is much much promising... u know how to respect us :D (i feel sarcastic about mentioning or even comparing between JPA and MARA students.. hey.. im a jpa scholar!) ...
i'll write later (one week later haha... having some fun at Busch Garden) Will not bring tocibai, i had enough... Some time without 'him' will be really2 comforting. i dun want to stick to tocibai all day long during the vacation. y'all know that it is a sacrifice :(
until then.. tata...
Posted by Ahmad Fadzli on August 15, 2003 at 4:40:00 PM | Permalink
nas letak nama2 junior.. aku pon nak letak gak laaa.. hahaha...
1. MUHAMMAD B HISHAMUDDIN
2. NADIAH BT RAMLI
3. NORDIANA ARIFFA BT NOORDIN
4. SAIEDATUL AKMAL BT MOHAMED SEDEK
5. SEAH YEE MEY
6. SITI HAWA BT NGALIM
7. SITI NURZALIANA BT MOHD SAFARI
8. SITI SARAH BT JUMALI
1. AHMAD FADHLI B MAMAT
2. ABDULLAH B DIN SUHAIMI
3. AZLAN B BASERI HUDDIN
4. CHAI MIN CHEN
5. CHONG PHEY YUEN
6. CHONG XIN YI
7. HAIRUL IZHAM B AB RAZAK
8. KHAIRUL IZHAM B LUQMAN
9. LARRY NGANG LUHAT
10. MEGAT IMRAN BANI B NOOR ZAHIDI
11. MOHAMAD AZLAN B YUSOFF
12. MOHAMMAD SANI B TUMIRAN
13. MOHD AKMAL B CHE MAT
14. MOHD KHAIRUL HAFIZI B JAAFOR
15. MOHD RASYIDI B ABDUL RAHMAN
16. JESSICA TEH LI FONG
pergh.. ramai sangat le plak...
Posted by Ahmad Fadzli on August 14, 2003 at 11:20:00 AM | Permalink
Fitrah III
Assalamualaikum...
Fitrah III
Banyak bende yang aku fikirkan sejak semalam. Perkara utama yang bermain di fikiran aku, apakah peranan aku? Bukan peranan sebagai pelajar mahupun peranan sebagai seorang hambaNya, tapi peranan sebagai seorang rakan, seorang sahabat. Sudah cukupkah peranan aku? Aku kerap berfikir tentang ukhuwwah (persahabatan dalam konsep Islam), ukhuwwah lah juga satu2nya hubungan yang erat dan tak dapat diputuskan kerana dua orang sahabat berkasih sayang kerana Allah SWT. Aku sedar, aku sudah kekurangan nilai2 ukhuwwah, dan secara jelasnye, hubungan ukhuwwah yang berkurangan itu merupakan kelemahan aku yang lupe tentang dasar persahabatan dalam Islam... Walaupun pada kita, hubungan sosial yang 'biasa' nampak sudah cukup erat dan tiada cacat cela, namun.. tanpa kite sedari, ade yang terguris. Jangan disimpan kaca di dalam hati... kelak luka lama kan berdarah kembali. Konsep Islam mudah, konsep berterus terang, bertolak-ansur dan saling memaafkan.. itulah konsep persahabatan dalam Islam. Dan tanpa kite sedari, kite sedang merencanakan suatu nilai persahabatan yang sebenarnye dah lame digariskan dalam Islam.
Aku bercakap tentang aku sendiri. Tentang kelemahan dan kekurangan aku. Selama ini, aku sudah buat yang terbaik untuk menyelamatkan sesebuah persahabatan. Tapi aku sendiri juga yang akhirnya akan memutuskan tali persahabatan. Sesungguhnya perasaan tu sangat perit. Secara ikhlas, aku bukan lah jenis orang yang menyimpan... Jenis aku.. aku akan lupakan saja, tapi mengambil masa untuk melupakan.. Aku tak simpan... Tapi kalau orang lain cube mengembalikan bende2 yang aku sendiri dah lupekan, masakan aku tak mengamuk... Apalah harga sebuah nyawa kalau kite tidak mengHARGAInya???
Aku cukup terasa hati. Tanggungjawab aku berat, tanggungjawab terhadap keluarga dan adik2 aku. Aku anak sulong dan aku menjadi tempat menaruh harapan keluarga aku. Tanggungjawab2 nih inshaAllah.. aku utamakan.. Tapi bile dah masuk hal tanggungjawab terhadap rakan.. aku penat... lagi2 bile aku seorang jer yang dipertanggungjawabkan. Aku mungkin pernah menyelamatkan nyawa, tapi aku tak mungkin selamatkan nyawa aku sendiri. Daripada aku asalnye tak bersalah.. Terus aku rasa bersalah sangat. Kemana hilangnye sifat menghargai kehadiran seorang rakan yang sentiasa di sisi mendengar korang mengadu, dan mungkin juge di kala korang nyawa2 ikan? Seriously, aku tak pernah berkire, aku tak kesah kalao aku jadi tempat persinggahan di kala korang memerlukan aku jer, tapi please... jangan salahkan aku... dan jangan ingat sendiri betul. Senang cakap.. cubelah saling memahami... Jangan harap satu pihak aje yang nak memahami. Kite sendiri kene tolerate..
Kalau kite tak dapat nak berjumpa.. Pasti ade care lain kite boleh bersama. Itu usaha sendirilah. Contoh paling mudah... bile korang melawat website aku. Itupun dah cukup. Sekurang-kurangnye aku boleh bagitau kewujudan aku, and aku tau korang masih hidup. Kalau internet sudah menjadi keperluan, kenapa tak gunakannya sebagai satu keperluan untuk mengeratkan persahabatan??? Aku ucap hepi besday kat sesape dalam website nih pun.. mungkin orang tuh tak tau... Ape yang aku nak tekankan di sini... Aku dah buat ape yang boleh aku buat untuk menghargai sebuah nilai persahabatan.
Tak perlu lah korang nak mengiktiraf kewujudan aku, cukuplah kalau korang tau menghargai sebuah nilai persahabatan...
Posted by Ahmad Fadzli on August 12, 2003 at 6:37:00 AM | Permalink
Fitrah II
Assalamualaikum WBT.
Fitrah II
Dah agak lama aku tinggalkan ruangan ni. Sebuah ruangan yang mungkin sebenarnye menjadi teman di kala aku kesunyian. Ruangan ni bukanlah ruangan untuk aku menonjolkan kehidupanku, tetapi lebih kepada sebuah ruangan yang menjadi rujukan aku dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk masa2 mendatang.
Aku agak sibuk dalam minggu ni. Esok Jumaat 8 Ogos merupakan hari terakhir untuk kelas2 musim Summer di PennState dan mungkin juge kelas terakhir untuk universiti2 lain di Amerika Syarikat nih memandangkan username MSN Messenger masing2 meminta agar kawan2 mendoakan kejayaan untuk Final. yep.. Final... Esok aku akan menempuh Final untuk satu-satunya kelas aku untuk sesi kedua musim Summer tahun nih, Chem 12. Dalam kesempatan ini, aku harap korang sumer dapat mendoakan kejayaan aku...
Semalam aku tertidur agak awal. Tak tau mengapa, tapi mata aku terasa cukup berat. Sukar nak teruskan membaca buku teks Chemistry of Life, apatah lagi nak memberi konsentrasi. Lebih baik aku tidur, dengan harapan esok aku bangun awal dan dapat tenaga yang baru. Pukul 10 malam selepas makan malam, aku dah terlelap. Di luar bangunan The Legend, kedengaran sayup2 suara mamat2 saleh tgh berparti siang dan malam.
Secara nature, aku suke dengar orang bercerite. Aku suke dengar orang yang bercakap dan bercerite tentang sesuatu. Lagi2 kalau cara bercerite tuh menampakkan kedewasaan. Aku dah dibiasakan dengan mendengar pak-pak sedara aku bercerite bila pulang ke kampung di Kampar. Topik memang luas. Dari perihal kampung (imam masjid tak sesuai) sampailah ke hal ehwal negara. Kadang2 menyentuh hal2 misteri dan hal-hal agama. Secara serius, percakapan mereka memang membuatkan aku terpikir panjang tentang perkara yang dibicarakan. Tak perlu lah aku bersama-sama mereka bercerite. Secara nature, aku lebih suke duduk di tepi dan dengar orang bercerite. Namun begitu dalam kepala nih terbayang masa depan, suatu hari nanti aku pula yang bercerite. Mungkin kerana affinity aku terhadap mendengar orang bercerite nih kuat, aku terbangun bile terdengar suara Awie. Yep.. Awie sedang bercerite, cerite tentang 'kesengsaraan' hidup semasa di Pusat Persediaan Shah Alam. Mungkin tak ramai yang tau, semasa di pusat persediaan dulu, aku pernah kehilangan handset dan dompet. Lebih tepat lagi, dirompak. Mase tuh aku dan Awie tidur nyenyak waktu pagi, perkara biasa yang kami lakukan selepas sahur dan subuh dalam bulan ramadhan. Shakir dan Aim takde kat rumah, tak ingat plak ke mana derang pergi mase tuh. Tapi kalau nak dibandingkan, Awie sebenarnye lagi bengang sebab sebelum tuh motor die pernah dicuri di tempat yang sama. Yep.. Awie sedang bercerite dan aku terbangun walaupun masih awal. Jam baru menunjukkan pukul 3:30 pagi. Awie sedang bercerite tentang perkara yang menarik, dan masakan aku nak melepaskannye! Begitulah bagaimana aku dapat bangun pagi nih, berada di depan Tocibai dan menulis dalam ruangan ini. Shukur juge aku bangun awal, sekurang-kurangnye, dapat lah aku study... Paling penting tak miss waktu Subuh.
Esok pasti sibuk, lepas sahaja Final, kitorang perlu berkemas-kemas sebab keesokannye merupakan hari terakhir kitorang di The Legend. Dan aku, hari nih aku kene pastikan sama ada pemilik rumah baru aku tuh membenarkan aku dan syah masuk awal. Bolehla kami angkut barang2 terus dari The Legend. Tak sangka cepat benar Summer berlalu...
wassalam... doakan aku...
p/s: 3 Ogos yang lepas Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan. Hasil gabungan Parti Keadilan SeMalaysia dan Parti Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Wan Azizah dan Syed Husin Ali. Mungkin penggabungan nih akan membawa hala tuju yang baru untuk kedua-dua belah pihak, dan mungkin juge akan mencorakkan politik Malaysia yang lebih memberangsangkan, matang....
Posted by Ahmad Fadzli on August 7, 2003 at 4:07:00 PM | Permalink
updated IV
updated IV
salam...
Error kat page aku nih cukup pelik. Aku tak tau la di mana silapnye. First skali... aku buang sume script2 yang ade... Nak tgk script mane yang buat hal. But still... walaupun page tuh takde langsung javascripts.. still ade error... Error plak kat line yang pelik2. Aku dah cube validate ngan dreamweaver.. stilll tak jumpe kat mane silapnye. Then aku padam balik sumer... Gune the original template... STILL..... error tuh tetap muncul... Tak pelik ker? Aku ingat la.. error tuh bukan disebabkan html atau javascript aku taruk tak betul, tapi disebabkan blogger tak dapat nak susun akunye archive... Sebab archive aku dah berterabur... So... Error tuh memang takleh lari la sebab the main part of my site is consists of the blogger tags... So.. Aku rase bende2 lain tuh tak menimbulkan masalah. Kalau korang boleh dengar lagu, enter page aku blending... , and some other additions.. It means that, the scripts are okay....
I hope somebody can help me with this... cal...
»updated IV
»updated III
»updated II
»updated I
Posted by Ahmad Fadzli on August 3, 2003 at 3:21:00 AM | Permalink
Yo...
Semalam lepas balik kelas punyela gembiranya hati nih. Rase macam nak tegur setiap orang mase berjalan balik ke rumah. Bukan ape.... Akhir nya aku berjaya gak ke kelas hari nih. Bermakna... Tugas aku sebagai TA telah tamat... Selama 4 minggu tuh. macam2 yang dapat aku belajar. Paling penting, (selain dari grade aku heh heh) aku dapat improve social life aku di PennState. Kelas ART ni lah sebenarnye yang menemukan aku dengan kebanyakan member2 American aku skang. Alhamdulillah... Lepas kelas ARt tuh tamat, dan anak2 buah aku dah beredar, aku pegi jumpe si Dorothy. Tolong2 die mengemas bilik die jap. And she said... "You're finished with this class at last. Other people took this class for 6 weeks in the Summer, but you are special because you managed to take this class for the straight 10 weeks. And because you are so special, i give u an A." Time2 tuh jugaklah aku tersenyum lebar. Anak mata aku plak dah naik ke atas... Terbayangkan grade yang terpapar di skrin Tocibai. "But Abe... I just want you to acknowledge something, to learn something from this class. And that is to think differently. I know that you are not an Art major student, but to think differently is really important. That is how you can see the world in a way that no others can think about it. Even the simplest thing like a leaf falling..." Aku senyap... "And please... befriend with me after this.. Don't ever call me Mrs. Dorothy.. Just call me by my name..." Dan aku ended smiling. Aku ucapkan time kaseh, sambil mencapai aku punye drawing case. Dan bersalam dengan die. Pada mase tuh aku rase bersyukur sangat dan aku rase aku dah jumpe the best lecturer since aku sampai sini!
Oh yes... sebelum mengakhiri aku nak cakap something yang really important. I bestow you friends... The most spectacular thing in this world...
a Kenneth Cole watch... muahahahaha.... Jam aku dah sampai. Yes!!!
Posted by Ahmad Fadzli on August 1, 2003 at 10:26:00 PM | Permalink