Sudah sekian lama tidak kuapdet jurnalku nih. Kesian die... nak buat camne, tiade bende yang menarik untuk kupaparkan di sini. Hidupku terlalu biasa. Ibarat sebatang jalan yang lurus tanpa hiasan di bahunya.

Baru2 ni aku terjumpa sepatah perkataan baru. HIPERANGKAI menggantikan perkataan pautan yang kita gunakan sebelum ini. Ataupun link/hyperlink dalam bahasa inggerisnya. Entahlah, mungkin kerana bahasa, negara kita tidak deras arus kemajuannya. Teori sebegini memang ada. Cuma kurang dipersetujui,. Orang-orang kita masih berpegang pada sejarah purba; bahasa melayu pernah menjadi bahasa dagangan.

Bahasa ialah sesuatu yang aktif. Boleh maju seiring dengan kemajuan penggunanya ataupun boleh mundur dengan wujudnya bahasa dominan yang lain. Persoalannya, apakah makna maju di sini? Adakah dengan bertambahnya tatabahasa, bahasa kita boleh dikatakan maju? Tidak semestinya, maju pada pandangan aku bermaksud sejauh mana bahasa itu dapat memajukan penggunanya. Dengan kata lain, bahasa itu efektif.

Apa yang ingin kusampaikan di sini, bahasa hanyalah faktor yang kecil tidak kiralah sama ada bahasa itu membawa kesan kepada kemajuan atau tidak. Yang penting, fikiran kita mesti terbuka. Dengan terbukanya minda barulah kita tidak menjadi katak2 di bawah tempurung; berbicara hanya dalam Bahasa Malaysia dan bercakap hanya dengan orang2 Malaysia.

Tapi ada pula yang kata, mana boleh katak berbicara dengan itik.

Jawabku, kita bukan katak!

Kesimpulannya, mungkin dengan sebab terlalu biasanya hidup aku sekarang maka terlahirlah artikel bangang ini.

Posted by Ahmad Fadzli on March 20, 2004 at 9:41:00 AM | Permalink