Hari ahad. Semua orang tgh tido lagi. Aku terbangun awal walaupun semalam tido lewat sangat. Cek email, gosok gigi, basuh muka, then makan sikit nasik semalam. Lepas tulis jurnal hari nih, aku nak stat stadi math secara intensif.

Semalam ade meeting Malaysian Society. Banyak jugak perkara yang dibincangkan. Yang paling penting is pasal nak register MS as a club under Pennstate (no longer bebas), then Midwest 2004. Pres did a really good job and I feel happy working with her as her vice. Committee pun bagus, semua bersemangat nak buat something term nih; before we leave the chairs to somebody else.

Midwest Games kali nih, aku main ping pong. No matter how hard I tried to play other sports, ping pong still suits me. Aku boleh main sport lain but setakat main jer la. Takde yang betul2 cemerlang macam pingpong. So, why don't I give it a shot, asah balik skill yang dah hilang. Seb baik aku bawak bat aku dari Malaysia. Dah lama sangat tak main, semalam baru main lepas hampir setahun. Badan pun rasa agak berat, tak react precisely dengan my mind. Backhand spin dah tak berapa menjadi. Hish, kene practise banyak2 nih...

Somehow I feel like improving my health life after this. Tak berapa terjaga sejak due menjak nih. Maybe practise session untuk ping pong akan membantu aku sedikit sebanyak.

Dah terlajak cerita pasal ping pong nih, ape kate kalau aku cerita lebih lanjut pasal penglibatan aku dalam arena nih. Member2 aku bukannya tahu sangat pon. Aku pikir dua kali sebenarnya kalau nak cerita pasal life aku. Lagi2 kalu suh citer details...

Ok.. aku main ping pong sejak form 1. Tergerak untuk main ping pong sebab takde sport lain yang available. Yep.. none except pingpong. Bola ade tapi kene carik padang sendiri. Padang plak takde, yang ada hanyalah pasir pantai yang memutih. Hish sekolah ape nih, sports ade satu jer, dah la dekat pantai.. :p

Sekolah pondok.
Institut Pengajian Al-Quran Al-Husna.

Nama canggih tapi lifestyle still cam sekolah pondok. Slalu takde elektrik, bile takde elektrik pam air tak jalan and bile pam air tak jalan... kitorang terpaksa gi pam air sendiri, mandi tepi perigi. Kol 4 pagi kitorang dah bangun. Seronok bangun pepagi, sebab takde pencemaran bunyi. Yang kedengaran hanya deruan ombak. Memang damai sangat...

Bile dah petang, kelas pun dah selesai, kitorang pun beriadhahler. Kalau yang rajin, joging tepi pantai. Kalau lagi rajin, joging jauh sikit, pegi padang bola paling berdekatan. Aku? aku dah ready awal2. Bat ping pong ngan bola tuh tersisip rapi di bawah ketiak tak berbulu aku.

Budak form 1... lantakla kalau aku orang paling awal kat meja pingpong tuh, still budak form 1. Kalau dah senior datang ramai2, muka sumer stok main tomoi... mane la aku berani nak bantah. Nak taknak kene tunggu giliran. Muka aku yang sebelumnya excited, jadi kelu. Kadang2 aku tak main langsung, penat jer tunggu tepi meja tuh.

But.. one day, a senior (FYI, in sekolah pondok, when I say a senior, I really mean it because age is not a big deal. He was 23 at that time but still in Form 3... :D) So, he let me play. And suddenly, orang suke main ngan aku. The reason behind it is that... they don't like it if they lost to me. So they kept asking for a new set. Sape suke kalah dgn orang muda 10 taun? haha.. then, starting from that day, I got to play frequently... Sampailah aku pindah ke sekolah lain..

Begitulah camne aku boleh main pingpong. Aku banyak pindah sekolah. Kirenye ade lagi cerita lepas tuh. But.. maybe lain kali la. Kang tak jadi keje lak.

okeh.. happy new week. Be productive la sikit minggu nih :p

Posted by Ahmad Fadzli on February 15, 2004 at 11:16:00 PM | Permalink