Bangun awal hari nih. Semalam lepas tgk citer Ong Bak terus tido. Penat giler. Sebelum tuh aku main game baru, OTOGI. Due2 menarik, lagik menarik dari kuiz yang aku ade hari nih dan exam minggu depan. Kesimpulannya, aku tak study ape2 semalam.

Aku tak bape sihat skang nih. Layak untuk dapat cuti. Setelah 3 minggu tak tanggal2 contact, aku akhirnya setuju dengan doktor, sebelum tido kene bukak contacts.

sebelum tido kene bukak contacts.
sebelum tido kene bukak contacts.
sebelum tido kene bukak contacts.

Cuma, aku masih tak bersetuju pakai contact yang sama untuk sebulan jer. Yang aku pakai skang, dah 3 bulan tak tuka2. Hahaha.. mmg layak mata aku kene infection.

Memandangkan exam dah dekat, aku rase aku kene berehat sembuhkan mata aku yg sakit nih. Kelas hari nih, aku ingat aku pegi yang ade kuiz jer la kot. Tu pun kene pakai sunglasses kot. Hai.... sedih sungguh. Tu la... lain kali ikut cakap doktor tuh. Bile dah sakit kang tensyen... Nak pegi klinik kat sini, jangan harap ler. Mahal sangat.

Aku mungkin tak ke mana Spring break nih. Sengkek sangat dah. Lepas bayar hutang ngan sewa hari tuh, aku terus jadik sengkek. Nak taknak aku kene save tak hingat2 dalam 3 bulan nih, sebelum next allowance masuk. Sorila kengkawan, tak dapat nak follow korang pi new york.

Hari Isnin hari tuh, aku dah boleh register untuk kelas summer. Sat lagik ade problem, banyak courses yang aku plan nak amik, ade time conflict. Padahal aku plan nak amik 4 kelas jer. But still.. conflicted.. Hish... tensyen giler aku. Kire study plan aku kene dirombak lagi la nih. Nak taknak kene amik berat sikit masa sem biasa. Tak boleh nak relek2... Arrghh!!!

hish.. banyak la plak kisah sedih dalam entri kali nih. Nak buat camne... Oh yes, aku satu citer hepi. Hari Isnin hari tuh besday Amin. But kitorang plan nak buat suprise. So, dari pagi Isnin kitorang tak wish ape2 kat amin, even tak tuka sign in name kat messenger. Bende biasa yang kitorang buat bile member sambut besday. Kesian kat Amin. Banyak gile dia kasik hints, kitorang buat tatau jer. Harhhahah.. sori min :p

nih ade satu hadiah untuk ko:
click here for Amin's deepest secret. :p

okeh, demi exam2 minggu depan... aku nak stat study dulu. Ni dah terbangun awal, elokla kirenye kalau aku merajinkan diri...

Posted by Ahmad Fadzli on February 11, 2004 at 7:58:00 PM | Permalink