Agama dan politik tak dapat dipisahkan...

Ibarat aur dan tebing. Mana ada aur tanpa tebing dan mana ada tebing tanpa aurnya. Malahan jika diteliti, agama itu (lagi2 agama Islam) tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan kehidupan.

"Islam itu adalah kehidupanku dan hidupku hanyalah untuk Islam"

Frasa hanyalah untuk Islam banyak disalah-mengertikan. Bila menafsirkan frasa ini, cuba jangan fikir yang Islam itu hanya sekadar solat dan membaca Quran. Ibadah dalam Islam lebih luas daripada itu. Ibadah ini adalah apa2 sahaja amalan/perbuatan yang menjanjikan ganjaran pahala. Kalau memimpin dengan baik (kerana Allah) itu mendapat pahala, maka perbuatan itu adalah ibadah Islam.

Berbalik kepada politik dan Islam, samalah juga jika kita berbicara tentang "Belajar dan Islam". Sama bukan? Sama jika anda faham istilah Islam dan kehidupan.

Ramai yang tidak setuju jika politik dan Islam dikaitkan. Politik ini berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara. Memerintah negara ini sudah cukup besar jika hendak dibandingkan dengan perbuatan lain seperti mentelaah ilmu. Maka sewajarnya politik dan Islam itu dikaitkan antara satu sama lain.

Jika kita orang Islam, percayalah, bagi kita tidak akan ada istilah politik Islam. Kerana bagi orang Islam, politik itu adalah Islam dan Islam itu adalah politik. Kedua-duanya saling merangkumi dan melengkapi antara satu sama lain.

Sebelum anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan ini, sila perhatikan dulu apakah 'kehidupan Islam' yang sebenarnya. Jika Muhammad SAW bersabda "bukan dari umatku" bermakna sesuatu perbuatan itu tidak mengikut lunas2 Islam dan secara tidak langsung perbuatan itu tidak 'direcognized' oleh Islam. Maka, menuduh seseorang Islam kufur kerana tidak mengundi pembangkang juga salah kerana itu tidak sama sekali mengikut nas2 Al-Quran. Malahan meletakkan kekufuran atas seorang saudara Islam (ukhuwwah) tanpa haq yang sebetulnya merupakan salah satu dosa yang besar.

Maka di sini ada timbal balik. Ada pihak yang betul dan ada pihak yang salah dan pihak yang betul itu tidak semestinya sentiasa betul. Begitu juga sebaliknya. Dalam politik negara kita, kita kena peka dengan hal2 sebegini. Kalau tindakan membenarkan premis judi/arak kepada orang Islam itu terang2 salah, maka tidak ada gunanya kita masih dengan pendirian kita bahawa Islam dan politik tidak berkaitan. Sudah terang lagikan bersuluh.

Tanpa Islam, politik kita akan jadi kacau bilau. Ingatlah, peraturan tentang hidup yang lengkap dan sempurna hanyalah datang dari Al-Quran. Tak guna kalau kita ada mahkamah tetapi peraturan yang digunakan bukannya datang dari sumber yang sempurna ini. Kalau ada yang tidak bersetuju pun, sekurang2nya kita sudah ada mahkamah syariah kita yang tersendiri. Kenapa tidak gunakan mahkamah syariah untuk bicara tentang kes Islam (zina,liwat dsb.)?

Kesimpulannya, Islam itu sama sekali tidak dapat dipisahkan dengan politik dan kehidupan. Tidak dapat tidak sebagai orang Islam, kita wajib terima kenyataan ini.

Posted by Ahmad Fadzli on March 23, 2004 at 1:25:00 PM | Permalink