Pagi Selasa.
Tinggal seminggu sebelum sesi Spring 2004 bermula. Bermakna, tak lama lagi aku akan kembali berasmara dengan buku2, dengan assignments2, dengan segala benda alah yang buat otak aku penat.

Aku harap aku cukup bersedia.

Semalam, member2 ex-Sunway College aku sampai dari University of Southern California. Jauh mereka merantau, dari West ke East. Pergi menyambut tahun baru di Times Square. Alang2 sudah berdekatan, mereka singgah di State College, berjumpa kami sebelum pulang ke West keesokannya. Ada yang sudah lebih setahun aku tak jumpa.

Su Lin, Idaman, Aie, Man dan Ghee Soon, seronok berborak dengan derang. Tak habis2 mereka bertanya, "bila nak snow?" dan tak habis2 juga kami memujuk, nanti snow la tuh. Di West, mereka tak merasa empat musim. Tak merasa musim bunga, musim luruh, musim sejuk. Yang mereka rasa hanya musim panas. Macam di Malaysia. Dalam diam kami juga harap hari ni akan snow. Paling tidak pun, sebelum mereka pulang.

Mungkin nasib mereka baik, pagi ini snow sedikit walaupun tidak lebat :)

Aku rasa bershukur sebab ditempatkan di Sunway College untuk preparation program. Berbanding di Shah Alam, kami di sini tak ramai. Hubungan itu memang rapat, biarpun kami berbeza latar belakang, berbeza kaum namun kami tak rasa kekok lepak bersama. Kadang2 aku terharu pada mereka yang cuba bercakap dalam bahasa melayu walaupun agak pelat, walaupun kami sepatutnya berkomunikasi dalam English. Usaha mereka itu ada. Dan aku, aku juga cuba memahami mereka.

Baru minda aku ini disuntik lantas terbuka. Malaysia negara berbilang kaum. Bukan negara Islam, bukan jua negara Melayu. Sempit sungguh pemikiran aku sewaktu di sekolah menengah...

Ironiknya, ramai yang masih bersikap sombong. Bersikap acuh tak acuh, tidak mahu membuka minda lalu menidakkan kehadiran mereka. Kata mereka, puak kafir adalah musuh. Hanya dengan ini, mereka membenci secara zahir. Aku kata, walaupun mereka musuh, meletakkan sesuatu pada tempatnya (adil) itu wajib. Janganlah membenci pada zahir kalau mereka tidak membenci kita pada zahir. Tak salah kalau kita kasih pada mereka, cuba selamatkan mereka. Kan itu lebih baik?

Tak ramai yang berfikiran begini. Aku harap kamu tidak begitu.

Posted by Ahmad Fadzli on January 6, 2004 at 9:48:00 PM | Permalink