Aduuh.. sedapnya lah bunyi petikan gitar kat jurnal aku nih. Kalaulah jari2 aku ini mampu menari di atas gitar aku dengan lebih baik.

Lagu ni membuatkan aku teringat pada kisah2 lama. Kisah2 sebelum tahun 2004. Kisah2 semasa umur ini belum menjangkau alam 20-an. Bila dengar lagu ini, kenangan yang pahit juga boleh menggembirakan. Mengeluh sambil tersenyum :)

Thanks azya for the lovely song!

huh... 2004. Pantas sungguh masa berlalu. Terlalu pantas sampaikan sepanjang tahun ini aku tercungap. Seakan mengejar bayang sendiri sewaktu berjalan menjauhi tiang lampu. Semakin menjauh. Aku akui, tahun 2003 memang meletihkan. Soal belajar, soal duit, soal perasaan... menjadikan hidup aku serba tak kena, serba tak menjadi. Yup.. 2003 memang membuatkan aku tercungap.

Kadang2 aku harap masa dapat berhenti sekejap. Memberi ruang untuk aku berehat. Tapi hakikatnya tidak.....
Dalam tak sedar adik2 aku semua sudah besar. Aku rindukan adik aku yang paling muda di kala ini. Kamil namanya. Aku semacam takut kalau aku pulang ke Malaysia terlalu lambat dan lihat dia yang sudah membesar; terlalu besar untuk bergurau-senda bersama seperti dulu.

Eh panjang la plak aku tulis ni. Takpalah, tgh ada mood... Bukan senang ade mood macam ni :p

Tak banyak yang aku harapkan menjelangnya tahun baru ini. Cukuplah kalau aku dapat terus hidup. Diberikan peluang untuk cuba memaafkan diri, diberikan kesihatan untuk teruskan perjuangan di sini...

dan aku harap aku akan tidak lupa untuk bershukur.

Posted by Ahmad Fadzli on January 3, 2004 at 3:48:00 AM | Permalink