second

second

Ahad pagi. Baru siap mengemas rumah sikit. Seronok bangun pagi2 Ahad dan buat keja2 rumah. Selalu aku terfikir nak bagi rumah aku nih cantik. Macam2 yang terlintas kat kepala otak nih, nak letak pokok plastik la, nak letak gambar, poster.. tapi keadaan sekarang tak mengizinkan. Dengan duit yang tak sampai $3.00 dalam bank aku, masakan aku mampu realisasikan semua tuh. Tak tahulah bila allowance seterusnya akan masuk. Yang pasti, Oktober nih adalah bulan terakhir yang mampu aku sara diri sendiri, makan dan sebagainya.

Lepas nih Brendan (a post grad senior with his wife Mei-Mei) buat jamuan tak rasmi dekat White Building. Setiap orang yang nak datang dimestikan bawa sedikit makanan untuk santapan bersama. Aku ngan Syah memang nak pegi, tapi tak tahu lagi nak masak ape. Mungkin masak bihun goreng je kot. Kalau lauk2 tuh, untuk kami berdua pun belum tentu cukup. Kena lebih berjimat lepas ni. Tak bolehlah nak masak lebih2.

Bangun Subuh tadi aku terfikir sejenak. Terfikir tentang pencapaian aku setakat nih. Adakah study aku ikut jadual? Adakah hidup aku bahagia? Adakah AKU sendiri bahagia?

Lepas habes exams minggu lepas, aku berazam untuk tumpukan lebih perhatian dalam pelajaran for the rest of this semester. Walau macam mana pun, tanggungjawab sebagai Mr Vice MASA tak boleh dilupakan. Esok, bermulalah minggu baru bagi aku. Aku berazam untuk ikut jadual harian aku, berusaha untuk jadikan kehidupan aku sehari-hari lepas nih lebih bermakna. Aku teringat balik macam mana aku hidup dulu sewaktu sekolah menengah. Aku tak rasa tensi belajar. Hidup aku waktu tuh cukup bermakna. Dari Subuh hinggalah ke waktu tidur, hidup aku dulu memang 'hidup'. Study, ibadah, sukan, kelab... semua aku sempurnakan dalam masa sehari. Semuanya teratur dan menjadi.

Bukanlah maksud aku hidup aku sekarang nih tak bermakna. Cuma, mungkin agak kurang bermaknalah berbanding dulu. Aku dah besar, dan aku rase segan dengan diri sendiri sebab tak mampu lagi nak bawa diri. Dengan umur mencecah 21 tahun, aku rase aku belum cukup matang dengan diri sendiri, kurang jujur dengan diri sendiri, kurang memotivasikan diri, senang lalai, senang leka. Kurang 3 minggu lagi Ramadhan bakal menjelma. Aku berazam, nak didik diri aku balik. Nak latih diri aku sempena Ramadhan nih. InshaAllah...

Semoga niat yang baik nih dikurniakan kemudahan dalam melaksanakannya... amiin...


Posted by Ahmad Fadzli on October 12, 2003 at 9:23:00 PM | Permalink